PELAWAK Nabil Ahmad memberitahu dia sedia untuk berundur daripada industri seni jika dia menemui sumber pendapatan lain yang dapat menampung keluarganya. Nabil, 35, berkata, dia masih lagi berusaha mencari sumber pendapatan lain terutamanya dalam bidang perniagaan. "Saya tengah menyiapkan diri untuk cari sumber pendapatan lain dan kalau ada sumber lain saya ingin berhenti jadi artis. Macam Shuib dia sudah jumpa madu dia dan saya harap dimurahkan rezeki ke arah itu pula. "Saya sayang industri cuma saya rasa sudah tiba masa saya untuk buat perkara lain. Sekarang ini saya rasa terlalu bergantung dan mengharapkan rezeki daripada industri semata-mata. Lima buah keluarga selebriti bakal tampil di program Oh My Family musim kedua. "Saya takut kerana kita berada pada tahap ini tidak lama, ada masa kita akan perlahan," ujarnya kepada mStar Online. Nabil ditemui pada majlis pelancaran program Oh My Family! musim kedua pada Rabu. Program yang bakal bersiaran pada 10 Oktober itu turut dibintangi oleh empat keluarga selebriti lain iaitu Black Hanifah, Sharifah Shahirah, Shuib dan pelakon Indonesia Ussy Sulistiawaty. Pengacara Gegar Vaganza ini berkata, dia sedang mencuba beberapa perniagaan termasuk kosmetik dan pakaian. "Sekarang pada peringkat percubaan jual kosmetik dan baju, Insya-Allah kalau boleh biar perniagaan jadi sumber pendapatan utama," ujarnya.