suria

Anak selebriti sahut cabaran dalam ‘Oh My Family!’

Saksikan gelagat keluarga selebriti dalam Oh My Family!

PROGRAM realiti Oh My Family! musim kedua bakal menampilkan kelainan dan cabaran baharu kepada lima buah keluarga selebriti.

Musim kali ini dibintangi oleh keluarga Nabil Ahmad, Black Hanifah, Shuib Sepahtu, Sharifah Shahirah dan penampilan istimewa pelakon Indonesia Ussy Sulistiawaty dan pasangannya Andhika Pratama.

Penolong Naib Presiden Gen Next Astro Razin Irawati Johar berkata, anak-anak selebriti ini akan diberi tugasan yang perlu diselesaikan dengan pantauan minimum ibu-bapa mereka.

"Bagi musim baharu ini, setiap keluarga dibawa ke satu destinasi dan anak mereka diberi cabaran untuk menyelesaikan tugasan melibatkan haiwan dan alam sekitar.

"Bagaimanapun, tugasan tersebut dengan pengawasan ibu-bapa mereka," ujarnya kepada mStar Online.


Ussy, Andhika dan anak mereka Eleanor.

Tambahnya, tugasan tersebut tertumpu kepada skill kemahiran hidup yang dilakukan menerusi aktiviti luar seperti menanam dan menampi padi, berkhemah di hutan, memproses ikan masin, menangkap ikan, menyumpit dan meredah hutan.

Bagi pelakon sinetron Indonesia Ussy dan Andhika berkata, ia adalah pengalaman terbaik buat anak mereka Shakerla Eleanor Ameera, 6, yang tidak pernah terdedah dengan perkara itu.

"Eleamor tidak suka benda yang kotor jadi aktiviti mandikan dan cuci najis gajah memberi pengalaman dan cabaran untuk dia.

"Malah, dia juga suka dengan tugasan yang tidak pernah dilakukan itu. Dia banyak bertanya tentang gajah dan belajar mengenai kehidupan binatang tersebut," ujarnya.

Program tersebut boleh ditonton bermula 10 Oktober ini di Astro Ria dan Ria HD.

Oh My Family

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain