ANAK sulung kepada pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman, Mohamad Adam, 25, meninggal dunia pada pukul 1 pagi, Jumaat selepas rebah di beranda rumahnya di Saujana Akasia, Sungai Buloh. Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 54, memaklumkan berita tersebut menerusi laman Facebook miliknya. "Assalammualaikum. Memaklumkan bahawa anak sulung saya Mohd adam, baru sahaja kembali ke Rahmatullah. Jumaat 5 Oktober, 1 pagi, " tulis Bob. Manakala menerusi laman Instagram pelakon Adam Hamid Jarnail berkata Allahyarham seorang anak yang baik kerana menjaga ayahnya ketika terlantar sakit. ARTIKEL BERKAITAN: Tabung oksigen nyawa Bob Lokman, jual nasi ayam kampung minggu depan Adam Hamid mendedahkan arwah mempunyai sejarah lampau iaitu mengidap ketumbuhan otak. Malah, Adam juga dianggap seperti tangan kanan yang tidak pernah berpisah dengan bapanya. "Adam anak yang sangat baik, menjaga abg Bob saat terlantar sakit, dia umpama tangan kanan yang tidak pernah berpisah dengan ayahnya. "Masih terbayang-bayang senyum dan ketawa kecilnya, menyuap makanan pada ayahya di hospital," kata Adam Hamid. Bob menjalani rawatan itu di UiTM Private Specialist Centre Sungai Buloh akibat masalah jantung yang memaksanya kerap berualng alik ke pusat perubatan berkenaan. Adam yang sentiasa menjaga bapanya ketika terlantar sakit. Dalam pada itu, Adam Hamid turut memberitahu arwah sentiasa menemani dan mengikuti program dakwah bapanya. Menurutnya, arwah juga mempunyai sejarah lampau iaitu mengidap ketumbuhan di bahagian otak. "Mereka berdua terlalu rapat, Adam sentiasa menemani ke merata tempat mengikuti program dakwah Abang Bob, ke Sabah, Pulau Perhentian, seluruh Negara. "Adam mempunyai sejarah lampau, sakit brain tumor," katanya. Solat jenazah akan diadakan di Masjid Al-Hikmah, Kuang, Sungai Buloh selepas solat Jumaat dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam kawasan berkenaan.