suria

Sarah Suhairi, Andi Bernadee tiada istimewa, sekadar berbalas mesej

Sarah jelaskan hubungan dia dengan Andi sekadar kawan sahaja.

JUARA program Big Stage Sarah Suhairi menjelaskan dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi Andi Bernadee seperti yang digosipkan.

Sarah, 18, berkata dia dan Andi kerap berbalas komen di laman Instagram dan ia hanya seabagai perkara biasa baginya.

Menurutnya lagi, dia menyedari ramai pihak yang mudah membuat andaian apabila melihat seseorang selebriti itu ada memuat naik foto berdua.

"Saya dan Andi tidak ada sebarang hubungan istimewa pun. Berbalas-balas komen tu perkara biasa sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Impak lagu Blackpink, juara Big Stage dipanggil Sarah ‘Ddu Du Ddu Du’


Antara komen balas Sarah dan Andi di laman sosial.

"Lagipun, saya tahu ada segelintir pihak yang tak boleh tengok orang muat naik gambar berdua nanti mula kata ada hubungan.

"Sejujurnya saya dan Andi hanya berkawan sahaja," kata Sarah kepada mStar Online.

Sarah dan Andi dilihat kerap berbalas komen dan memuat naik foto berdua di laman sosial sehingga netizen beranggapan mereka sedang bercinta.

Mereka berdua merupakan peserta program realiti pertama Big Stage yang bersiaran sepanjang September lalu.

Tambah penyanyi lagu Pedih ini, dia dan Andi saling membantu dalam mempromosikan lagu baharu mereka.

Sarah dan Andi saling membantu promosi lagu baharu mereka.

"Kebetulan Andi dan saya ada lagu baru, jadi, kami berdua saling bantu promosikan lagu masing-masing.

"Tapi lagu baharu Andi dah keluar cuma lagu baharu saya yang berjudul Nyawa & Raga itu belum lagi dilancarkan," katanya.

Dalam pada itu, lagu kedua Sarah yang dicipta oleh Abang Room None dan lirik Iman Imran itu akan dilancarkan pada 12 Oktokber ini.

"Lagu kedua saya itu Insya-Allah akan dilancarkan pada 12 Oktober ini. Masih belum dapat kepastian tapi tetap dalam bulan ini juga.

"Kalau dapat dipercepatkan, mungkin Insya-Allah video muzik lagu itu akan dikeluarkan pada hari yang sama," katanya.

Sarah Suhairi, Andi Bernadee

Artikel Lain