suria

Sheira tak mahu anak guna namanya sebagai jalan mudah masuk industri

Sheira tak mahu anak guna jalan mudah.

PELAKON dan penyampai radio Suria FM, Shiera mengakui tidak mengalakkan anak-anak mengunakan namanya sebagai jalan mudah untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan termasuk berada dalam industri seni.

Malah, Shiera atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 44, berkata, adiknya Sharifah Sakinah juga menceburkan diri dalam dunia lakonan atas usaha sendiri tanpa bantuannya.

"Saya tidak galakkan mereka gunakan jalan mudah untuk mendapatkan sesuatu. Baru-baru ini juga anak sulung saya Allisya mahu praktikal di stesen radio Suria Fm tapi saya tidak benarkan dan saya mahu dia cari di tempat lain.

"Begitu juga Sharifah Sakinah, dia tidak pernah pakai nama saya untuk berada dalam industri, dia berada pada tahap sekarang atas usahanya sendiri," ujarnya kepada mStar Online.


Sheira akan muncul dalam program Oh My Family!

Sheira ditemui pada pelancaran program Oh My Family! baru-baru ini.

Program yang bakal bersiaran pada 10 Oktober itu turut dibintangi oleh empat keluarga selebriti lain iaitu Nabil Ahmad, Black Hanifah, Shuib dan pelakon Indonesia Ussy Sulistiawaty.

Tambahnya, buat masa ini anak-anaknya masih belum menunjukkan minat untuk berada di hadapan kamera.

"Mereka masih malu bila di hadapan kamera tapi bila di belakang banyak sahaja cakap. Kalau ada penggambaran untuk iklan pun tidak mahu buat banyak kali.

"Saya pula bukan seorang yang rajin untuk mengajar mereka, biarlah mereka bekerja bila mereka tahu itu satu tanggungjawab," ujarnya.

Sheira berkahwin dengan Zulkfili Azahari atau Ijoy, 44, dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Airell, 14, Airra, 11, Audrra, 9 dan Adeena, 3 tahun.

Manakala, Allisya, 20, adalah hasil perkahwinan pertamanya dengan Jatt yang juga vokalis kumpulan Black Dog Bone.

Sheira

Artikel Lain