suria

Hati hancur hanya Allah yang tahu... Zulin Aziz tak jadi kahwin

Zulin memuat naik foto ketika dia membuat persiapan baju kahwin.

PELAKON Zulin Aziz mendedahkan majlis perkahwinannya tidak akan berlaku memandangkan hubungannya dengan kekasih sudah berakhir.

Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz, 28, berkata dia enggan berkongsi punca perpisahan mereka kerana perkara itu terlalu peribadi.

Menurutnya, dia terpaksa menukar lirik lagu yang sudah dicipta untuk bakal suaminya mengikut kesesuaian keadaan sekarang.

"Kita hanya merancang tapi Allah sebaik-baik perancang. Hubungan kami gagal, jodoh tak panjang. Sebabnya... tidak dapat saya kongsi. Terlalu peribadi.

"Hati saya hancur hanya Allah saja yang tahu. Jadi lagu yang saya dah cipta penat-penat tu untuk apa? Saya cuba kuatkan semangat dan mengambil hikmah disebalik kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Zulin Aziz beri petunjuk bakal berkahwin


Zulin mendedahkan perkara tersebut menerusi laman sosialnya.

"Saya terpaksa tukar lirik lagu tu sesuai dengan keadaan sekarang dan teruskan hasrat saya walau tujuannya berbeza kalau sebelum ini nak dijadikan lagu tema perkahwinan kami tapi sekarang dah jadi lain," katanya.

Bekas penyampai radio Suria FM ini mendedahkan perkara itu menerusi laman Instagramnya dan turut memuat naik foto ketika dia membuat persiapan kahwin.

Zulin turut menegaskan apa yang terjadi bukan gimik untuk mencari publisiti murahan kerana sebelum ini dia pernah berkongsi mengenai perancangan untuk berkahwin.

"Untuk apalah saya nak buat gimik? Nak cari publisiti murahan bukan ini caranya. Saya pernah berkongsi tentang perancangan saya untuk berumahtangga bersama dengan jejaka yang saya kenali sejak tahun lalu.

Zulin berterima kasih kepada peminat yang mendoakan dan memberi kata-kata semangat untuknya.

"Ya, saya sudah bersedia. Itulah doa dalam tahajud saya, ya Allah temukanlah aku dengan lelaki yang dapat membimbingku kejalanMu.

"Akhirnya saya diketemukan dengan dia. Dia menerima saya apa adanya. Saya sangat bahagia," katanya.

Zulin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan dan memberi kata-kata semangat kepadanya.

Sebelum ini, Zulin pernah memberitahu dia sedang membuat persiapan untuk berkahwin namun merahsiakan identiti kekasihnya.

Zulin Aziz

Artikel Lain