suria

Sudah sihat tapi perlu rawatan susulan - Fendy Bakry

Fendy menunggu panggilan dari pihak hospital untuk pemeriksaan selanjutnya.

PELAKON Fendy Bakry masih perlu menjalani rawatan susulan biarpun keadaan kesihatanya semakin baik.

Fendy, 30, berkata dia kini hanya menunggu panggilan dari pihak hospital untuk pemeriksaan selanjutnya.

"Alhamdulillah keadaan saya semakin sihat. Saya pun dah boleh mula menjalani penggambaran. Sekarang memang dah betul-betul baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak sahkan ‘Mr. Grey’ sukar bercakap, kesihatan semakin lemah

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya ada yang faham kenapa Fendy Bakry kurus


Keadaan kesihatan Fendy semakin baik.

"Untuk pemeriksaan selanjutnya tu sudah tentu akan saya lakukan. Sebab doktor pun tak akan lepaskan pesakitnya begitu sahaja.

"Sekarang ini, saya masih menunggu panggilan dari pihak hospital untuk rawatan seterusnya," Kata Fendy kepada mStar Online.

Fendy ditemui ketika malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad lalu.

Sebelum ini, Fendy dilaporkan mengalami sakit kepala dan lemah badan sewaktu menjalani penggambaran drama Mr Grey terbitan Global Station pada April lalu.

Fendy memenangi anugerah Artis Baru Lelaki Popular di ABPBH31. Foto: FAIHAN GHANI.

Menerusi laporan mStar Online pada 26 April lalu, kakaknya Fahaniza berkata, Fendy berada di kampung halamannya di Perlis bagi mendapatkan rawatan perubatan secara Islam.

Dalam pada itu, pemenang anugerah Artis Baru Lelaki Popular ABPBH31 ini sudah boleh menerima tawaran berlakon untuk drama bersiri selepas beberapa bulan terlantar sakit.

"Sebelum ini, bila keluar hospital saya hanya boleh ambil tawaran untuk berlakon telemovie dan menerima undangan ke acara hiburan sahaja.

"Baru sekarang saya ini betul-betul dah sihat barulah boleh terima tawaran untuk berlakon dalam drama bersiri," ujarnya yang tidak berkongsi penyakit sebenar dihadapinya.

Fendy Bakry, ABPBH31

Artikel Lain