PELAKON Aeril Zafrel berkongsi detik cemas apabila jetski yang dinaiki bersama isterinya iaitu pelakon Wawa Zainal dilanggar kenderaan yang dipandu oleh kakaknya pada Ahad. Bagaimanapun, pasangan yang kini sedang bercuti di pulau Langkawi itu hanya mengalami kecederaan ringan sahaja. "Bahaya betul bagi perempuan bawa jetski ni. Habis dilanggarnya kami. Selamat team megawatersport cepat bertindak selamatkan kami. Tak tahu pahit ke manis kenangan ni," tulisnya pada kapsyen video berdurasi satu minit itu. Menerusi video berkenaan kelihatan Aeril sedang merakam sebuah jetski yang dipandu oleh seorang wanita yang kemudiannya menghala ke arah mereka dan ia hilang kawalan. ARTIKEL BERKAITAN: Aeril Zafrel beri Mercedes, dibalas Alphard oleh Wawa View this post on Instagram bahaya betul bagi perempuan bawak jetski ni. habis di langgarnya kami. selamat team @megawatersports cepat bertindak selamatkan kami...haha adoii tak tahu pahit ke manis kenangan ni??? A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on Oct 13, 2018 at 11:45pm PDT Turut terdengar suara Wawa Zainal yang menjerit dan panik apabila jetskit mereka dirempuh dari arah depan. Sementara itu, Wawa yang dihubungi memberitahu dia hanya mengalami luka dan lebam di bahagian tangan dan perut. "Alhamdulillah mujur tiada yang teruk, saya hanya mengalami luka dan lebam di tangan dan perut sahaja. Saya belum ke klinik lagi, luka pun sudah kering. "Jetski itu kakak saya yang bawa dan ia pengalaman manis dan pahit kami," ujarnya kepada mStar Online pada Isnin. Dalam pada itu, rata-rata netizen berjenaka tentang pemanduan wanita sememangnya berbahaya biarpun memandu di atas air. Mereka mendoakan keselamatan pasangan tersebut dan meminta lebih berhati-hati.