suria

"Habis dia pukul, cakar Aeril" - Wawa Zainal dedah anak marah bapa mesra dengan perempuan lain

Wawa terharu anaknya yang baru berusia tiga tahun, Hayla tidak membenarkan Aeril bermesra dengan wanita lain.

PELAKON Wawa Zainal memberitahu anak perempuannya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 3, menangis kerana tidak membenarkan suaminya, Aeril Zafrel bermesra dengan wanita lain.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 27, berkata Hayla bertindak memukul dan mencakar Aeril selepas melihat video bapanya sedang berlakon bersama pelakon Siti Elizad.

"Hayla tengok video ni tadi. Dia cakap 'ayah janganlah dengan perempuan lain. Kesian mama'.

ARTIKEL BERKAITAN: Wawa Zainal menjerit, cedera ringan dilanggar jetski


Wawa dedah anaknya, Hayla menangis melihat Aeril bersama wanita lain.

"Dan Aeril terus mainkan video itu lama-lama, Hayla menangis habis dia pukul, dia cakar ayah dia.

"Dia jerit kesian mama!!! Ya Allah terharu I sampai nak menangis... Macam siapa ajar dia ni?," tulis Wawa menerusi laman Instagram miliknya.

Wawa mendedahkan perkara tersebut di laman sosialnya dengan memuat naik video Aeril sedang melakokan salah satu babak bersama Siti Elizad dalam drama Cinta Tanpa Henti.

Dalam pada itu, Wawa tidak menyangka anaknya yang baru berusia tiga tahun sudah dapat memahami situasi tersebut.

Keluarga bahagia Wawa dan Aeril.

Bagaimanapun, pelakon telemovie Biarkan Cinta Tersenyum Lagi ini menjelaskan kepada anaknya bahawa situasi yang dilihatnya itu hanyalah sekadar lakonan.

"Awak baru tiga tahun sayang tapi dah faham. Sampai sekarang tak boleh lupa situasi itu. Harap-harap ayah dia ingatlah sampai bila-bila.

"Selepas itu, kami pun jelaskan tu lakonan saja. Lama jugalah baru dia berhenti menangis. Alahai anak... Ayah tengah jalani penggambaran," ujarnya.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakharuddin Attar, 5, dan Hayla.

Wawa Zainal, Aeril Zafrel

Artikel Lain