suria

‘Doktor Sedap’ dedah videonya menyanyi sumbang dirancang pihak produksi

Faiezal mengunakan nama samaran Doktor Sedap.

SEORANG peserta program realiti I Can See Your Voice  Faiezal Mahazir menjadi tular gara-gara suaranya dikecam kononnya terlalu teruk ketika menyanyikan lagu Sesat Dalam Rindu nyanyian Aiman Tino dalam program berkenaan.

Bagaimanapun, dia yang menggunakan nama gelaran 'Doktor Sedap' mengakui apa yang berlaku itu hanya lakonan dan diminta pihak produksi untuk beraksi dengan suara sumbang.

"Pihak produksi cari yang bersuara sumbang untuk program ini sebab nak cari penyanyi betul sangat mudah dan di mana-mana boleh dapat tapi susah untuk dapatkan penyanyi yang bersuara sumbang yang boleh beraksi di atas pentas tanpa rasa malu," katanya.

Faiezal membuat penjelasan di Instagram miliknya.

Faizal merupakan salah peserta bersuara sumbang dalam program I Can See Your Voice bersama Altimate yang disiarkan pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, segelintir netizen mempersoalkan bakat nyanyiannya kerana dia mempunyai suara yang sedap dan pernah muncul dalam beberapa program televisyen sebelum ini.

Tambahnya, dia menerima tawaran I Can See Your Voice tanpa berfikir panjang.

"Pihak mereka meminta izin dan persetujuan terlebih dahulu dan saya tanpa berfikir panjang terima cabaran tersebut," ujarnya.

Rancangan itu disiarkan setiap Sabtu di ntv7 pada pukul 8.30 malam

Artikel Lain