suria

Amelia Henderson pada mulanya tak yakin nak buat video menyanyi

Amelia tidak menyangka video dia menyanyikan lagu rap bintang terkenal, Eminem mendapat sambutan di laman sosial. Foto Instagram: @ameliath.

PELAKON Amelia Henderson berasa teruja dan seronok apabila dia berjaya mencapai impiannya untuk menceburi bidang muzik.

Amelia, 23, berkata peluang untuk memasuki dunia muzik terbuka semenjak video dia menyanyikan lagu Rap God menjadi tular di laman sosial.

"Saya sangat teruja dan rasa seronok sangat sebab dapat mencapai impian yang sudah lama disimpan. Saya memang dah lama minat muzik R&B, HipHop dan rap.

"Tapi tak tahu macam mana nak tunjuk. Macam malu dan tak yakin nak buat video menyanyi di laman Instagram. Kawan dan pengurus yang pujuk saya untuk muat naik video nyanyi lagu rap.

Amelia teruja bakal membuat persembahan secara langsung menyanyikan lagu rap buat pertama kali.

"Mereka kata kalau tak okey, tak apa sebab saya bukan rapper pun. Jadi, saya kongsi video itu dan tak sangka meletup. Dari situ bermulalah karier muzik saya," katanya kepada mStar Online.

Pelakon drama bersiri Jangan Benci Cintaku ini pernah memukau pelayar dunia maya dengan aksinya menyanyikan lagu rap daripada bintang rap terkenal, Eminem.

Tambah Amelia, dia bakal mengeluarkan single rap pertama dalam bahasa Inggeris pada penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

"Saya akan keluarkan single pertama pada penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan. Kena tunggu nanti.

Amelia bakal mengeluarkan single pertama pada penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

"Lagu itu dicipta sendiri oleh saya dan dibantu produser muzik saya. Judul lagu belum boleh dikongsi tetapi lagu itu dalam bahasa Inggeris," ujarnya.

Dalam pada itu, Amelia berasa sedikit gementar memikirkan persembahan pertamanya secara langsung bersama penyanyi rap tempatan terkenal pada awal November depan.

"Memang rasa teruja tapi ada sedikit rasa gementar sebab ini kali pertama saya akan menyanyikan lagu rap secara langsung bersama penyanyi rap terkenal.

"Tapi saya rasa, ia akan menjadi satu persembahan yang meletup pada awal November depan," katanya.

Amelia Henderson

Artikel Lain