PELAKON Mas Khan memberitahu dia sanggup mengeluarkan wang sebanyak RM110,000 semata-mata untuk memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi jenama Ducati. Mas berkata, Ducati jenis Panigale 1199s Final Edition itu adalah motosikal yang diminatinya dan menyifatkan ia sebagai impian menjadi kenyataan. "Alhamdulillah akhirnya impian saya jadi kenyataan! Memang dah lama saya berhasrat nak memiliki Ducati Panigale 1199s Final Edition itu," katanya kepada mStar Online. Mas mahu mengikut jejak langkah bapanya yang pernah mencipta rekod Malaysia Book of Records pada 2001. Dalam pada itu, Mas berkata, sejak kecil lagi dia memang meminati sukan motosikal selepas hobi itu didedahkan sendiri oleh bapanya, Mas Fadzillah Khan yang juga memiliki kawasan reakrasi ATV Adventure Park Kuala Lumpur. Di tempat itu juga kata Mas dia banyak berlatih menajamkan kebolehannya mengendalikan pelbagai jenis motosikal. "Memang dari kecil saya belajar mengenai motosikal sebab mengikut ayah jejak langkah ayah yang juga gemarkan aktiviti lasak bermotosikal. Mas meminati sukan bermotosikal sejak kecil. "Malah Ayah pernah mencipta rekod Malaysia Book of Records pada 2001 apabila beliau bediri di atas motosikal selama 11 jam tanpa henti," ujarnya. Sementara itu, Mas berkata, selain Ducati, dia juga mempunyai beberapa jenis lagi motosikal di rumah termasuk Vespa Sprint dan Motocross Husqvarna TE250. "Semua atas dasar minat dan saya beli motosikal pun bukan sebab nak berlumba di jalan raya tetapi belajar dalam litar lumba malah saya ada mendaftar kelas dengan pelatih profesional," katanya.