suria

Roslan Shah mengaku foto itu miliknya dirakam kawan ketika keluar bilik mandi

Roslan Shah memberitahu penyebaran gambar miliknya adalah untuk mengaibkan diri dia.

PENYEBARAN gambar lucah mirip beberapa selebriti lelaki sejak kebelakangan ini bagaikan satu trend dan kebanyakan mereka mengunci mulut selain mendakwa ia bukan mereka.

Terbaharu, pengacara Roslan Shah pula menjadi mangsa penyebaran gambar bogel nampun artis itu bertindak berani untuk tidak menafikan foto berkenaan adalah dirinya.

Malah Roslan turut memuat naik gambar tersebut di Instagram dengan mendakwa ada pihak cuba mengaibkan diri dia dengan cara menyebarkannya kepada umum.

Menjelaskan perkara sebenar, Roslan berkata, gambar tersebut dirakam sekitar tahun lalu oleh seorang rakannya ketika dia keluar dari bilik mandi untuk mengambil tuala yang diletakkan di atas katil.

Kata Roslan, rakannya itu mengambil gambar berkenaan sekadar untuk bergurau dan dia telah memintanya memadam foto itu.

"Ia sebenarnya video yang dirakam oleh seorang rakan saya yang ingin bergurau selepas saya keluar dari bilik air ingin ambil tuala di atas katil.

Roslan turut memuat naik gambar tersebut di Instagram.

"Saya minta dia padam video itu dan dia memberitahu sudah memadamnya namun tak sangka pula dia masih menyimpan sehingga tersebar," katanya.

Dalam pada itu, Roslan berkata, dia juga mendapat tahu rakannya itu turut menyebarkan video tersebut kepada pihak lain termasuk musuhnya dengan tujuan untuk mengaibkan.

Kata Roslan, dia tidak tahu tujuan rakannya yang juga berasal dari Singapura itu berbuat demikian namun mengambil langkah untuk memaafkan perbuatan tersebut.

"Kawan saya ini berkawan dengan 'musuh' saya dan saya dapat tahu dia sudah berikan video itu kepada musuh-musuh saya.

"Tertekan dan rasa teraniaya itu memang ada kerana perbuatan itu boleh merosakkan karier saya, dengki tidak habis-habis.

"Saya tidak tahu apa salah saya tetapi saya pilih untuk maafkan sahaja dan akan lebih berhati-hati dalam memilih kawan selepas ini," ujarnya.

Sementara itu, Roslan berkata, dia tidak menolak kemungkinan ada pihak lain menyebarkan gambar serta video itu kerana telefon miliknya pernah hilang.

Kata Roslan, salinan video itu ada di dalam telefonnya juga dan dia masih belum sempat memadamnya ketika telefon tersebut hilang.

Roslan Shah

Artikel Lain