suria

Badan lebih ringan, lagi ‘best’! – Hafiz Suip

Hafiz amalkan diet sihat. Foto Instagram @hafizsuip

PENYANYI Hafiz Suip berkata dia mengamalkan rutin diet sihat dan berjaya mengurangkan berat badannya beberapa kilogram (kg).

Menurut Hafiz, 28, tujuan dia melakukan diet tersebut adalah untuk memastikan staminanya kekal ketika membuat persembahan pentas.

"Ya, saya dah kurus sedikit, kalau sebelum ini berat badan 66kg sekarang sudah 59kg.

"Saya lebih mengawal pengambilan makanan dan ambil vitamin. Kalau dulu makan nasi banyak, sekarang ni lebihkan kepada lauk-pauk.

"Bila berat sudah kurang ni rasa badan lebih ringan, tenaga pun lain macam dan lebih best lah," katanya kepada mStar Online.

Hafiz mengakui berat badan kurang beberapa kilogram.

Hafiz ditemui semasa pelancaran program realiti Mentor 7 yang diadakan di The International Gallery At Alya, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain Hafiz, tiga penyanyi lain yang turut dilantik menjadi mentor untuk musim ini ialah Datuk Syafinaz, Aizat dan Siti Nordiana.

Sementara itu, penyanyi lagu Bahagiamu Deritaku ini berharap amalan hidup sihat yang diamalkan akan menjadi inspirasi dan panduan kepada protegenya kelak.

"Apa yang saya tunjukkan mengenai penjagaan kesihatan ini diharap dapat memberi inspirasi kepada protege saya.

"Sebagai selebriti, jadual kita memang padat, jadi bila kita amalkan cara hidup sihat, badan akan lebih fit dan bertenaga," katanya.

Hafiz Suip

Artikel Lain