suria

“Hang takdak alasan nak nikah lain” – Pesanan Erma Fatima untuk adik ipar

Kapsyen yang ditulis Erma di Instagram menarik perhatian pengikut. Foto Instagram @ermafatima

PERKONGSIAN rakaman video pelakon Erma Fatima sedang meraikan majlis istimewa pengumuman jantina bayi dalam kandungan adiknya iaitu Betty Rahmad mencuri tumpuan netizen.

Selain daripada terhibur dengan gelagat lucu Erma dan tetamu yang hadir, pengikut laman Instagram turut tertarik dengan kapsyen yang ditulis pada video tersebut.

Dalam hantaran tersebut, pelakon drama Mak Cun ini seakan-akan memberi satu peringatan kepada adik iparnya yang juga merupakan suami kepada Betty iaitu Ardy Damis.

"Nikmatnya kurnian Allah kepada perempuan yang mampu mengandung, sembilan bulan itu yang paling indah.

Pengikut tertarik dengan kapsyen ditulis Erma.

"Alhamdulillah adik aku mampu melahirkan zuriat buat suaminya. Ardy Damis hang takdak alasan nak menikah satu lagi naaa. Aku nak girl tapi tak apa lah, syukur!," tulisnya di laman Instagram.

Video yang dimuat naik pada Ahad itu menerima lebih 100,000 tontonan dan lebih 100 komen.

Dalam pada itu, ada pengikut laman sosial tersebut turut menulis komen dan pandangan mengenai kapsyen yang ditulis Erma itu.

Betty dan suami, Ardy Damis.

"Tak boleh beranak tu alasan basi jantan kahwin lagi kakak oii, yang dah berderet tu ramai saja kawin, dasar gatal miang keladi," kata Sazreena 7662.

"Kenapa aku sedih baca kapsyen ni, apa-apa pun tahniah, tak kisah lah baby boy or girl, janji sihat... Amin," tulis Nor Salina pula.

Adik bongsu kepada Erma dan Datin Seri Umie Aida ini sedang hamil enam bulan dan mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki.

Betty dan Ardy bernikah di Damansara Perdana, Selangor pada 4 Februari lalu.

Untuk rekod, sepanjang perkahwinan Erma dengan Bade Azmi, mereka tidak dikurniakan zuriat dan ia dikatakan antara penyebab Bade berkahwin lain.

Bagaimanapun Erma dan Bade akhirnya berpisah.

Erma Fatima, Betty Rahmad

Artikel Lain