suria

Nad Zainal memang dari dulu pilih drama berat sebab lebih mencabar

Nad teringin membintangi filem atau drama berlatarbelakangkan zaman perang. Foto Instagram: @nadzainal.

KUALA LUMPUR: Pelakon Nad Zainal mengimpikan watak yang lebih berat menerusi drama atau filem berkonsepkan perang atau memerlukan berpakaian mengikut tema.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 28, berkata dia sudah lama mengimpikan watak tersebut namun masih belum ada peluang.

"Sebenarnya saya teringin sangat untuk bekerja dalam set penggambaran zaman-zaman perang. Sebab saya suka pakaian yang mengikut tema set.

"Sebab watak itu memerlukan saya buat kajian dan berlawanan dengan diri. Saya dah lama tunggu tapi susah nak dapat peluang itu," katanya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada Mak Sanggup Buat Anak Terseksa” – Nad Zainal


Nad mahu watak yang memerlukan dia buat kajian.

Nad ditemui ketika sidang media Anugerah Skrin 2018 di Internation Art Gallery at Alya, Bukit Kiara, di sini pada baru-baru ini.

Tambah pelakon telemovie Fatonah Azali ini, dia sememangnya dari awal pembabitan dalam bidang lakonan lebih memilih drama yang berat.

Bagi Nad, drama-drama seperti itu lebih mencabar dirinya sebagai pelakon namun sekali sekala dia perlu menerima tawaran watak yang lebih santai.

"Dari awal pembabitan saya lebih memilih drama yang berat kerana ia lagi mencabar diri saya sebagai seorang pelakon.

"Tapi sekali sekala, saya kena juga terima tawaran watak yang lebih santai. Tak boleh sentiasa pegang watak muka ketat sahaja.

Nad Zainal.

"Bagi saya, ramai pelakon-pelakon yang gemar untuk membintangi drama-drama yang mempunyai jalan cerita yang menarik dan berat," ujarnya.

Dalam pada itu, Nad juga mahu menumpukan perhatian pada perniagaan produk kecantikan dan koleksi kasutnya.

"Alhamdulillah, produk Audela kini sudah memasuki pasaran Indonesia. Memang saya tak sangka sebab tumpuan hanya pasaran Singapura.

"Tapi tak sangka ramai juga yang berminat di Indonesia. Saya juga sudah ada stokis di sana. Bersyukur dapat memasuki pasaran di sana.

"Buat masa ini memang saya fokus pada perniagan Audela dan kasut. Sekarang ini saya sudah keluarkan koleksi kasut untuk edisi yang ketiga," katanya.

Nad Zainal

Artikel Lain