suria

Tak sedar nampak dada isteri, Tauke minta orang ramai padam video

Tauke mohon orang ramai yang berkongsi video tersebut turut memadamkannya.

PELAWAK Tauke Jambu memohon maaf apabila tindakannya memuat naik video isterinya Nadia selepas melahirkan cahaya mata ketujuh pada Jumaat lalu menerima kecaman netizen.

Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, 41, berkata, dia tidak menyedari tentang bahagian dada isterinya itu kelihatan dalam video berkenaan berikutan terlalu teruja.

"Salah sahabat yang mulia, maaf sebab terlambat turunkan video isteri bersalin hari itu. Maaf atas ke khilafan diri," ujarnya.

Dalam pada itu, Tauke turut meminta agar orang ramai yang berkongsi video berkenaan di laman sosial masing-masing memadam video tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tauke Jambu bersyukur isteri selamat bersalin tapi netizen minta padam video

Netizen minta video dipadam kerana aurat isteri.

"Nak minta tolong juga kalau ada sesiapa yang kongsi atau repost minta padam juga ya. Terima kasih kepada yang menegur," ujarnya.

Pada 26 Oktober lalu, Tauke Jambu bersyukur apabila isterinya, Nadia selamat melahirkan cahaya mata perempuan di Hospital Serdang pada 8.28 malam, Jumaat.

Tauke turut memuat naik video wajah bayi sulungnya yang dipeluk isterinya sebaik sahaja selepas proses bersalin.

Sehingga kini, video tersebut sudah lebih 263,000 tontonan dan menerima hampir 1500 komen daripada pengikutnya.

Rata-rata mereka mengucapkan tahniah namun ada juga segelintir netizen meminta Tauke untuk memadam video tersebut yang dilihat menampakkan aurat isterinya.

Tauke dan Nadia atau nama sebenarnya Nadia Mohd Effendi, 29, dalam sebuah majlis yang diadakan De' Laman Event Space pada 9 Disember tahun lalu.

Pelawak berkenaan mempunyai enam orang cahaya mata hasil daripada tiga perkahwinan terdahulu.

Tauke Jambu

Artikel Lain