suria

Selepas 3 hari berdiam diri, Zamani akhirnya mohon maaf

Zamani memohon maaf kerana tidak dapat menyampaikan lagu pada malam Konsert GV5 minggu kelima.

SELEPAS tiga hari berlalu, akhirnya penyanyi Zamani mengeluarkan kenyataan dengan memohon maaf kerana tidak dapat menyampaikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta pada konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5) pada Ahad lalu.

Zamani, 47, turut mengucapkan terima kasih kepada peminat, juri tetap, Datuk Ramli MS, Datuk Khatijah Ibrahim serta juri jemputan Datuk AC Mizal dan pengacara GV5 yang memberi sokongan pada malam tersebut.

Malah, penyanyi lagu Gerimis Mengundang ini juga berterima kasih kepada penaja utama program tersebut, Datuk Seri Aliff Syukri yang menggunakan sistem imunuti untuknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zamani sedar suara hilang sebelum konsert, belum tentu sertai GV5 minggu depan

ARTIKEL BERKAITAN: Peti suara koyak punca Zamani 'membisu' di pentas GV5


Zamani memuat naik pemohonan maaf dan ucapan terima kasih menerusi laman Instagramnya.

"Maaf kepada semua kerana tak dapat menyampaikan lagu ini pada malam konsert kelima. Terima kasih pada semua atas sokongan padu yang diberikan pada malam itu. @abgadeksuperfans_official.

"Terima kasih tak terhingga pada @aliffsyukriterlajaklaris diatas pemberian imuniti dan juga pada juri-juri @tokram_ramlims, ibu kathy dan @emyliadac juga pada @jihanmuse @nabilzira," kata Zamani.

Zamani memuat naik pemohanan maaf dan ucapan terima kasih itu menerusi laman Instagram miliknya.

Dia yang mengalami masalah peti suara koyak sepatutnya tersingkir dalam persaingan minggu kelima yang berlangsung GV5 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Namun, Zamani bernasib baik kerana memperoleh imuniti daripada pengasas produk D'Herbs Terlajak Laris dan berpeluang untuk meneruskan persembahan pada Ahad ini.

Zamani masih belum memberi kata putus mengenai keputusan untuk meneruskan persembahan pada Ahad ini.

Dalam pada itu, Zamani turut berterima kasih kepada kru produksi yang menjaganya dan peserta GV5 yang dianggap seperti keluarga.

"Terima kasih team produksi #gegarvaganza5 @gegarvaganzaofficial yang menjaga saya selama ini dan pada semua peserta #gv5 yang seperti keluarga.

"Dan tak pernah putus memberikan sokongan dan dorongan selama ini. Terima kasih atas doa-doa anda semua," katanya.

Dalam pada itu pengurus Zamani iaitu Aalan Ahmad berkata, pihaknya masih dalam proses perbincangan sama ada Zamani akan meneruskan atau tidak persembahannya pada Ahad ini.

"Kami belum buat apa-apa keputusan kerana satu perbincangan akan diadakan bersama pihak Astro bagi mengetahui perkembangan kesihatan Zamani pada petang ini," katanya kepada mStar Online.

Zamani, GV5

Artikel Lain