suria

Suara koyak nyanyi juga, "Ia antara maruah dan tanggungjawab, tindakan saya betul" - Zamani

Zamani anggap tindakannya meneruskan pertandingan adalah betul.

PENYANYI Zamani menganggap tindakannya meneruskan penyertaan pada konsert Gegar Vaganza 5 (GV5) minggu lalu adalah wajar walaupun sudah mengetahui dirinya mempunyai masalah suara.

Zamani, 47, berkata, ia merupakan tanggungjawab dan risiko yang dipikul selepas bersetuju menyertai program realiti berkenaan.

"Jika saya fikirkan tentang maruah seorang penyanyi memang rasa nak tarik diri tapi saya tolak ketepi ego. Saya fikir tentang tanggungjawab yang saya galas dalam pertandingan ini.

"Saya faham ia sesuatu yang memalukan bila tidak dapat menyanyi dalam satu pertandingan dan ia sangat mengecewakan peminat. Tapi bila fikir balik tindakan saya itu betul," ujarnya kepada mStar Online.

Zamani mengulas tentang masalah peti suara koyak yang mana dia sepatutnya tersingkir dalam persaingan minggu kelima GV5 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 3 hari berdiam diri, Zamani akhirnya mohon maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Peti suara koyak punca Zamani 'membisu' di pentas GV5

Zamani turut menjelaskan Aalan (kiri) sebagai pengurusnya sepanjangan GV5.

ARTIKEL BERKAITAN: Peti suara koyak punca Zamani 'membisu' di pentas GV5

Namun, Zamani bernasib baik kerana memperoleh imuniti daripada Pengasas produk D'Herbs Terlajak Laris Datuk Seri Aliff SyukriKamarzaman
dan berpeluang untuk meneruskan persembahan malam Ahad.

Bagaimanapun, tindakannya itu turut mendapat pelbagai reaksi rakan artis termasuk Datuk Jamal Abdillah yang berpendapat penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu seharusnya tarik diri selepas mengetahui tiada suara.

Dalam pada itu, Zamani mengakui dia berasa terlalu kecewa sehingga menitiskan air mata selepas gagal menyampaikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta itu dengan baik.

"Saya kecewa, saya bukan seorang yang senang nak menangis terutamanya di atas pentas, tapi malam itu saya sangat sebak dan kecewa.

"Peminat terlalu berharap untuk saya menyanyi dan saya sendiri tidak tahu kenapa suara saya hilang tiba-tiba," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang kekeliruan terhadap kenyataan daripada pihak pengurusannya, Zamani berkata, dia diuruskan oleh Aalan sepanjang berada di program GV5.

Katanya, Johan Aziz merupakan individu yang bertanggungjawab menguruskan kumpulan Slam.

"Johan masih pengurus saya dan Slam, namun sepanjang di program GV5 dan Insya-Allah selepas ini pengurusan saya sepenuhnya akan dijaga oleh Aalan.

"Kekeliruan terjadi mungkin sebab perkara itu belum diumumkan secara rasmi," ujarnya.

Zamani yang menyanyikan lagu Hapus Aku turut memberitahu kesihatan kini belum pulih sepenuhnya dan dia masih mendapatkan rawatan.

Zamani Slam, GV5

Artikel Lain