PELAKON Syatilla Melvin memberitahu suaminya iaitu Shaheizy Sam sememangnya layak merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) pada malam Anugerah Skrin 2018 (ASK2018). Syatilla, 27, berkata dia sendiri melihat kesungguhan suaminya sepanjang menjalani penggambaran filem Pinjamkan Hatiku sehingga usaha itu membuakan hasil. "Saya nak ada dengan awak dalam setiap keadaan, jatuh bangun, terduduk, tersungkur, Insya-Allah saya akan sentiasa ada. Sememangnya sezzy seng (Shaheizy Sam) aku tersangatlah layak menang. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Pendosa Ingin Ke Syurga’, ‘Dukun’ diangkat karya terbaik ASK 2018 ARTIKEL BERKAITAN: Muka Shaheizy Sam dah macam mayat gara-gara tersilap diet Syatilla bersyukur usaha keras Sam berjaya. "Sebab masa dia jalani penggambaran filem yang dia menang ni, aku nampak depan mata kesungguhan yang dia buat," kata Syatilla. Syatilla memuat naik status tersebut berserta gambar bersama Sam ketika menghadiri ASK2018 di laman Instagram miliknya. Manakala anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Filem) dimenangi oleh Datin Seri Umie Aida menerusi filem Dukun. ASK2018 telah berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Jumaat lalu. Menurut Syatilla, suaminya sanggup menahan perut tidak makan sehingga menjadi kurus demi menjayakan watak dalam filem tersebut. Umie Aida turut memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Filem) menerusi filem Dukun. Katanya lagi, berbaloi dia melayan karenah dan perangai 'angin' Sam apabila kemenangan yang dianggap rezeki anak itu berpihak suaminya. "Diet sampai keruih (kurus) kering macam lidi dan tak sia-sia la aku kena tahan angin malapetaka dia sebab tak makan tahan perut nak kurus cengkung punya pasal. "Tak apa ibu hadap bapak. Ini rezeki anak dalam perut juga. Sayang awak @shaheizy_sam," ujarnya. Malam kemuncukan ASK2018 turut menyaksiakan drama Pendosa Ingin Ke Syurga terbitan Suhan Movie & Trading Sdn Bhd diangkat sebagai Drama Terbaik. Pengarahnya Rashid Sibir turut membawa pulang trofi Pengarah Terbaik (Drama).