USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) meminta sahabatnya, Datuk Seri Aliff Syukri supaya tabah berdepan kecaman netizen. Vida, 47, berkata setiap manusia melakukan kesilapan dan tragedi yang berlaku itu hendaklah dijadikan sebagai pengajaran dalam hidup. "Kecaman ada di mana-mana, mental kena kuat tapi sedihnya ramai juga yang kecundang, ramai yang berusaha keras dalam diam, hidup ini tak semudah bicara. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri minta Aliff Syukri tak keluar TV, “Pindah kampung bela kambing jaga ayam itik lagi bagus!” "Kita tidak akan dapat lari daripada stigma masyarakat dan bukan mudah juga menjadi satu-satu yang unik dalam masyarakat. Semoga adindaku Aliff Syukri terus kuat! Vida beri kata-kata semangat kepada sahabatnya, Aliff Syukri. "Kadang-kadang kita tersasul tapi tak berniat pun.Maafkanlah dia, setiap orang pasti melakukan kesilapan dan paling penting jadikan pengajaran," tulisnya di laman Instagram. Menerusi konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5) pada Ahad lalu, Aliff yang merupakan pengasas produk D'Herbs diberi kesempatan oleh produksi untuk mempromosikan produk pemutihnya. Tetapi dia membangkitkan kemarahan netizen, apabila mengeluarkan komen dianggap keterlaluan antaranya ‘berwajah hodoh dan bomoh’ terhadap seorang penonton. Tindakan Aliff mempromosikan produk di program GV menerima kecaman netizen. Bagaimanapun, Aliff sudah membuat permohanan maaf ketika konsert itu bersiaran langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Sebelum ini, Vida turut menerima kecaman hebat netizen apabila juara Gegar Vaganza musim keempat iaitu Aishah mendakwa barangan kemas tajaan penaja yang bernilai RM80,000 adalah palsu. Gara-gara kontroversi tersebut, Vida mendedahkan perniagaannya mengalami kerugian hampir RM1 juta. Pengasas kosmetik dari Kelantan ini merupakan penaja program realiti tersebut dari musim pertama hingga keempat.