PENYANYI Wani Kayrie mengakui belum berasa tekanan sepanjang berada dalam pertandingan D'Academy Asia 4 yang sedang berlangsung di Indonesia. Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 18, berkata dia hanya rasa kesukaran dalam pemilihan lagu untuk persembahan seterusnya. "Buat masa sekarang ini, nak kata putus asa atau tekanan itu belum lagi. Mungkin bila peserta dah tinggal sikit itu baru akan rasai perasaan itu. ARTIKEL BERKAITAN: Wani Kayrie ‘terbang’ ke Indonesia... Ini doa Afieq Shazwan! Wani cabar diri menyanyikan lagu bukan genre pilihannya. "Tapi bagi saya, tekanan paling besar sekarang ini hanya pada pemilihan lagu untuk beraksi pada peringkat seterusnya. Susah nak fikir sendiri lagu apa yang sesuai. "Sebab kita pun tak tahu yang lagu pilihan itu lebih hebat atau lebih teruk daripada pesaing yang lain," katanya ketika dihubungi mStar Online. Selain Wani, penyanyi Sarah Fazny, Fauziah Gambus, Zam Ryzam, Tyka Zatyka dan Adli Shazwi turut mewakili Malaysia di pertandingan tersebut. Dalam pada itu, Wani berani untuk menyahut cabaran menyanyikan lagu bukan genre pilihannya kerana sudah mengimpikan memasuki pertandingan itu sejak kecil lagi. Wani Kayrie. "Saya selalu cakap pada diri, ini adalah impian saya dari kecil. Jadi, saya kena buat sebaik yang mungkin. "Walaupun pertandingan ini mempertaruhkan lagu-lagu genre dangdut yang jauh berbeza dengan genre pilihan saya. "Tapi saya tetap sahut cabaran itu. Sebab itu saya tak boleh mengalah dan cuba sedaya upaya untuk bertahan," ujarnya. Sebelum ini, penyanyi lagu Jangan Jangan itu menyertai program realiti Big Stage dan memenangi tempat keempat.