suria

Ambil nilai positif... Lebih 1 juta tonton video muzik Zulin Aziz tak jadi kahwin

Zulin percaya ada hikmah atas apa yang berlaku. Foto Instagram @zulinaziz

PENGACARA Zulin Aziz berharap peminat serta pendengar mengambil nilai positif yang disampaikan dalam single terbaharunya berjudul Dan Ketika Itu.

Menurut Zulin, 28, video muzik lagu tersebut bukan semata-mata mengisahkan tentang perkahwinan tidak kesampaian, sebaliknya ada mesej positif yang tersirat.

"Video muzik Dan Ketika Itu sudah mencecah lebih sejuta tontonan, Allahuakbar.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedihnya... Zulin Aziz teruskan sesi ‘kahwin’ tanpa pengantin lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Hati hancur hanya Allah yang tahu... Zulin Aziz tak jadi kahwin

"Tolaklah tepi kisah saya tak jadi kahwin tu sebab saya tahu tak penting untuk anda tahu tapi ambillah mesej yang saya cuba sampaikan dalam lagu itu.

"Apa pun terjadi dalam hidup kita, berbaliklah kepada Allah kerana Allah maha mengetahui," tulisnya di laman Instagram.

Sehingga kini, muzik video yang dimuat naik pada 2 November itu mencapai lebih 1.5 juta tontonan dan trending nombor satu di laman YouTube.

Video muzik lagu Dan Ketika Ini trending di laman YouTube.

Sebelum ini, pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abd Aziz ini mendedahkan majlis perkahwinannya tidak akan berlaku memandangkan hubungannya dengan kekasih sudah berakhir.

Namun, dia enggan berkongsi punca perpisahan mereka kerana perkara itu terlalu peribadi dan memilih untuk meneruskan sesi perkahwinan tersebut dengan menggayakan baju, pelamin dan set hantaran yang sudah disediakan untuk dirakamkan dalam sebuah video muzik sebagai kenangan.

Dia turut menukar lirik lagu yang sudah dicipta untuk bakal suaminya mengikut kesesuaian keadaan sekarang.

Dalam pada itu, Zulin turut memanjatkan syukur kepada Yang Maha Esa dan berterima kasih kepada peminat yang menonton video muzik tersebut.

"Allah maha mendengar dan mengizinkan apa yg saya buat ini dan tahu niat saya.

"Allahuakhbar! Terima kasih semua," katanya.

Zulin Aziz

Artikel Lain