suria

Mia Ahmad akan lakukan apa saja untuk selamatkan rumah tangga

Mia Ahmad dan Izham berkahwin pada 13 Januari tahun lalu.

PETALING JAYA: Pelakon Mia Ahmad akan menyelamatkan rumah tangganya penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan yang kini sedang diuji.

Mia atau Shamiha Ahmad Baderi, 30, berkata, dia akan melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menjernihkan kembali keadaan.

"Hanya Allah, saya, suami dan dia (wanita didakwa curang dengan suaminya) yang tahu kebenarannya.

"Saya akan lakukan apa sahaja diperlukan untuk menyelamatkan rumah tangga saya," katanya menerusi InstaStory.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga Mia Ahmad diuji, suami dituduh curang

Luahan Mia di InstaStory.

Dalam pada itu, Mia berkata, dia tidak kisah dengan apa juga pandangan atau cakap-cakap orang lain terhadapnya.

Ini kerana kata pelakon Hati Perempuan itu, dia yang membenarkan orang lain bercakap tentang dirinya selain sedar akan akibatnya.

"Anda boleh cakapa apa sahaja yang dan mahu kerana saya tahu saya yang membiarkan anda bercakap.

"Dan saya juga tahu apa yang saya lakukan dan akibatnya.

"Orang tidak tahu apa yang saya lalui. Mereka tidak rasa apa yang saya rasa," tulisnya.

Pasangan ini baharu sahaja dikurniakan cahaya mata lelaki.

Mia sebelum ini pernah memberi gambaran seolah-olah perkahwinannya dengan Izham sedang dilanda masalah dan turut bertindak memadam semua gambar suaminya di Instagram.

Izham ketika dihubungi mStar Online menepis dakwaan kononnya dia berlaku curang selepas sepasang kekasih membuat tuduhan tersebut yang disifatkannya sebagai berniat jahat.

Katanya, sehingga saat ini dia tidak mengetahui apakah motif pasangan itu menuduhnya curang sedangkan dia tidak pernah mengenali wanita yang juga kekasih lelaki tersebut.

Pasangan ini berkahwin pada 13 Januari 2017 selepas setahun berkenalan dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Sayf Issa pada 28 September lalu.

Artikel Lain