suria

Erma Fatima bagi syarat kalau Umie Aida nak jadi pengarah

Erma menyediakan sebuah drama bertajuk Lelaki Melayu Terakhir untuk diarahkan Umie Aida.

PENGARAH dan pelakon Erma Fatima memberi syarat kepada adiknya, Datik Seri Umie Aida yang ingin menjadi seorang pengarah.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 50, berkata menjadi seorang pengarah perlu memilih lokasi yang terbuka dengan cuaca panas.

Selain itu, dia juga kena sentiasa bersemangat untuk menghabiskan penggambaran dan menghasilkan karya dengan sepenuh jiwa.

"Hmmm... Syarat-syarat nak jadi pengarah untuk hang (awak) @umieaida9. Jangan pilih lokasi yang tak panas saja.

Erma beri syarat nak jadi pengarah kepada Umie.

"Pengarah kena tahan panas. Bukan nak bermanja-manja kat set nak penghawa dingin bagai. Pengarah tak boleh asal ada ya.

"Pengarah juga tak boleh semangat nak penggambaran dua hari pertama saja. Selebihnya adalah melukislah karya hang dengan warna-warna dari jiwa," katanya. 

Erma turut memuat naik video dia sedang menyiapkan drama yang akan diarahkan oleh Umie bertajuk Lelaki Melayu Terakhir di laman Instagramnya.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Mak Cun ini berharap Umie fikir sebaik mungkin sebelum mahu menjadi pengarah.

Erma bersama adik-adiknya, Umie dan Betty serta ibu mereka.

Baginya, seorang pengarah bukan sekadar hanya duduk di hadapan monitor untuk memberi arahan sahaja.

"Jadi, fikir baik-baik sebelum nak jadi pengarah. Jangan jadi pengarah yang duduk depan monitor cakap action-cut saja.

"Kalau macam tu nenek ku (aku) pun boleh jadi pengarah. Semoga berjaya," ujarnya.

Umie baru sahaja memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik (filem) pada malam Anugerah Skrin 2018 (ASK2018) menerusi filem Dukun.

Erma Fatima, Umie Aida

Artikel Lain