PELAKON Sweet Qismina berkata ada beberapa kali dia keluar makan bersama pelakon Adam Lee. Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina, 21, berkata, tidak salah untuk mereka keluar bersama memandangkan masing-masing masih lagi bujang. "Memang benar saya sudah beberapa kali keluar dan lepak makan bersama Adam. Bagi pihak saya, tiada masalah pun nak keluar dengan sesiapa. ARTIKEL BERKAITAN: Makan Hati Tak Sweet Qismina Terima Cinta Aiman Tino? Sweet dan Adam dilihat keluar makan bersama. "Rasanya, pihak Adam pun sama juga macam saya tidak ada masalah. Sebab kami berdua masih bujang. "Kalau Adam atau saya ada kekasih, barulah rasanya tidak elok untuk kami berdua keluar bersama," katanya kepada mStar Online. Sweet diminta mengulas mengenai foto dia dan Adam makan di sebuah gerai yang dimuat naik akaun Instagram gerai tersebut. Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Cinta Tiada Ganti ini memberitahu hubungan mereka tidak melebih sebagai kawan sahaja. Sweet akui selesa berkawan dengan Adam. Kata Sweet, dia mula mengenali Adam semenjak sama-sama membintangi drama Adam Chempaka pada sebulan yang lalu. "Saya dan Adam berkawan sahaja dan saya selesa dengan dia. Kami tidak ada hubungan istimewa pun. "Kalau betul kami bercinta, mesti saya dah berkongsi di laman sosial. Kami kenal masa berlakon dalam drama Adam Chempaka sebulan yang lalu," ujarnya.