suria

Khai Bahar akui belum layak nak 'demand' letak harga tinggi

Khai tidak pernah meletakkan harga untuk setiap tawaran yang diterima. Foto Instagram: @khaibahar94.

SHAH ALAM: Penyanyi Khai Bahar mengakui dia masih belum layak untuk meminta harga tinggi untuk setiap tawaran yang diterima.

Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 24, berkata dia masih baru dalam industri dan hanya memenangi anugerah berdasarkan undian peminat.

"Sejujurnya dari segi pandangan peribadi, saya masih belum layak untuk 'demand' atau meletakkan harga yang tinggi untuk setiap tawaran yang dapat.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah dapat 17 anugerah, bukan semua kenal Khai Bahar


Khai berasakan dirinya masih baru dalam industri seni.

"Saya belum sampai ke tahap itu dan meletakkan diri sebagai bintang yang tinggi memandangkan masih baru dalam industri seni.

"Lagipun, anugerah yang saya menang kebanyakkan berdasarkan undian peminat. Lainlah kalau menang anugerah Juara Lagu," katanya kepada mStar Online.

Khai ditemui ketika Semi Final Muzik-Muzik 33 (SFMM33) minggu kedua di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini pada Jumaat lalu.

Sebelum ini, dia dikatakan sudah pandai 'demand' dengan meletakkan harga tertentu dan tidak lagi menerima bayaran saguhati untuk bekerjasama dengannya.

Khai Bahar.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Luluh ini memberitahu segala urusan kerja atau tawaran persembahan diberikan sepenuhnya pada pengurusnya.

"Setiap kali saya ada terima tawaran persembahan atau produk, saya tak akan kacau dan terus bagi pengurus yang uruskan semua.

"Saya tak akan uruskan sendiri sebab nanti kena marah pula dengan pengurus. Saya sendiri tak tahu 'rate' harga untuk saya.

"Sebab semuanya saya serahkan pada pihak pengurus. Tapi setahu saya, dia tidak pernah meletakkan harga setinggi-tinggi langit," ujarnya.

Khai Bahar

Artikel Lain