HUBUNGAN cinta pelakon Ruhainies dan kekasihnya yang dikenali sebagai Mr. E mendapat perhatian netizen di laman sosial. Rata-ratanya mendoakan hubungan mereka berkekalan namun ada juga segelintir yang menganggap Ruhainies memilih lelaki itu disebabkan kemewahan. Bagaimanapun, jejaka yang menggunakan akaun Instagram bernama Elffjohan itu tampil mempertahankan kekasihnya menerusi ruang komen di laman sosial wanita itu. "Soal hati tak ada kena mengena dengan pekerjaan, wajah yang kacak dan sebagainya. ARTIKEL BERKAITAN: "Sikapnya membuatkan hati saya terbuka..." - Ruhainies Kekasih Ruhainies tampil mempertahankannya. "Kalau dah jodoh dia, dia dapat seorang yang kerja mat dispatch pun, dia akan tetap mencintai dengan seikhlas hati," tulis pemuda itu. Mr. E membalas komen salah seorang netizen yang bertanya pelakon itu akan terima atau tidak sekiranya dia seorang 'mat dispatch'. Teman lelaki Ruhainies itu merupakan seorang ahli perniagaan yang menetap di London. Menurutnya lagi, lebih baik doa yang baik-baik supaya nanti akan mendapat rezeki. "Awak pernah kenal dia? Macam yang saya katakan, doa yang baik-baik sahaja, nanti dapat rezeki Insya-Allah," katanya. Menerusi laporan mStar Online pada 23 September lalu, Ruhainies mendedahkan terbuka hati untuk menerima Mr E sebagai kekasih disebabkan sikapnya. Ruhainies masih belum mendedahkan wajah penuh kekasihnya. dia bersyukur dipertemukan dengan seorang lelaki budiman seperti yang diidam-idamkan selama ini. Dalam pada itu, Ruhainies turut membalas komen tersebut dengan mengatakan dia akan terima jodoh yang Allah telah tentukan Kata pelakon drama bersiri Tiada Cinta Sepertimu itu, asalkan jodoh itu adalah manusia dan bukanlah almari atau meja. "Kalau mat despatch tu manusia, dan dia adalah jodoh yang Allah tentukan, saya terima. "Asalkan dia tu manusia. Bukan almari, bukan meja. Lol (laugh out loud)," kata Ruhainies.