PENGACARA Neelofa menganggap pemergian datuk tersayang, Noor Mohamed merupakan satu kehilangan besar dalam hidupnya. Neelofa, 29, berkata, arwah banyak mengajar tentang kehidupan dan aktres itu tidak sabar untuk bertemu datuknya setiap kali pulang ke kampung di Kelantan. "Abah (panggilan untuk Datuk) telah meninggalkan kami, hati teramat sedih dan sebahagian dari saya tinggal bersama. Anda mengajar saya banyak perkara tentang kehidupan, cinta, kebaikan, keluarga dan segalanya. ARTIKEL BERKAITAN: Datuk kepada Neelofa meninggal dunia ARTIKEL BERKAITAN: Usah ditanya sakitnya, mohon doakan datuk tersayang - Sharnaaz "Anda adalah salah seorang yang saya nantikan untuk bertemu setiap kali saya kembali ke Kelantan dan sekarang, anda tidak lagi di sana," tulis Neelofa di laman Instagram. Noor Mohamed, 83, yang dipanggil Abah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 11.20 malam Selasa di sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan. Neelofa meluahkan rasa rindu di Instagram. Allahyarham dikebumikan selepas solat Zuhur di Pasir Mas, Kelantan pada Rabu. Dalam pada itu, Neelofa berkata dia sudah mula merindui segalanya tentang arwah dan terlalu banyak perkara yang ingin ditulis. Namun dia menerima pemergian tersebut dengan hati terbuka dan mendoakan agar kebaikan Allahyarham di dunia diterima oleh Allah. "Saya akan rindu segala-galanya dan saya sudah merindui anda sekarang. Terdapat begitu banyak perkara untuk ditulis tentang anda tetapi saya fikir saya telah mengatakan sebahagian besar ketika saya berada di sisi anda, saya berharap anda mendengar. "Sekarang, berehatlah dengan baik. Semoga Allah memberikan kepada mu jannah yang tertinggi, menerima segala perbuatan baik kamu dan dipermudahkan segalanya. Saya sayang kamu, Abah. Al-Fatihah," luahnya.