suria

Ismail Izzani tangguh pembedahan bimbang suara hilang 3 bulan

Ismail bergantung pada ubat dan menjaga pemakanan untuk mengelak masalah tonsil yang dihadapi semakin serius.

PENYANYI Ismail Izzani memberitahu dia sering mengalami demam setiap bulan disebabkan masalah tonsil yang dihadapinya sejak tahun lalu.

Ismail, 18, berkata buat masa ini dia hanya bergantung kepada ubat-ubatan dan menjaga pemakanan untuk mengelakkan tonsil semakin teruk.

"Kalau ikutkan, doktor memang pernah beritahu yang masalah tonsil yang saya hadapi ini dah bahaya.

"Setiap bulan saya akan demam tapi alhamdulillah bulan ini kesihatan saya baik-baik sahaja sebab jaga pemakanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit Kerana Salah Sendiri - Ismail Izzani


Ismail akan jalani pembedahan buang tonsil sehingga Januari tahun hadapan.

"Sekarang ini saya bergantung pada ubat yang doktor beri dan menjaga pemakanan untuk elak tonsil makin teruk," katanya kepada mStar Online.

Ismail sepatutnya perlu menjalani pembedahan untuk membuang tonsil pada tahun ini namun dia terpaksa menangguhkannya sehingga Januari tahun hadapan.

Menurutnya, dia akan kehilangan suara selama tiga bulan jika melakukan pembedahan tersebut.

"Sebenarnya saya sepatutnya jalani pembedahan buang tonsil pada tahun ini tapi terpaksa tangguh sehingga Januari tahun hadapan.

Ismail lebih selesa menyanyikan lagu rancak.

"Kalau bedah, saya akan kehilangan suara selama tiga bulan dan saya tidak mahu mengganggu jadual kerja yang sudah ditetapkan," ujarnya.

Bercerita mengenai pemilihan lagu, penyanyi lagu Bidadari ini lebih selesa untuk menyanyikan lagu rancak berbanding balada.

"Sebenarnya lagu Demi Kita merupakan satu-satunya lagu balada yang saya ada sebab sangat-sangat mencabar.

"Saya sendiri tidak biasa nak menyanyikan lagu balada. Sebab itu, saya lebih selesa memilih lagu-lagu yang rancak," katanya.

Ismail Izzani

Artikel Lain