suria

Orang lain habiskan wang untuk barangan mewah, Yuna bersyukur caranya berbeza

Yuna bekerja keras demi orang tersayang dan dirinya sendiri. Foto: @modestyaroundtheworld.

PENYANYI Yuna bersyukur melihat kehidupan dengan cara berbeza berbanding orang yang mencari wang untuk dihabiskan kepada barang-barang mewah.

Yuna atau Yunalis Zarai, 32, berkata dia bekerja keras untuk menjaga orang yang tersayang dan dirinya sendiri supaya tidak menjadi bebanan di masa hadapan.

"Awak tahu apabila saya dengar orang yang banyak buat duit dan habiskan pada kereta dan barang mewah, saya bersyukur kerana saya melihat kehidupan dengan cara yang berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sudah 2018 bro, awak masih di 2009” - Jawab Yuna buat netizen tidak suka imej baharunya


Yuna memuat naik status luahan menerusi laman Instastory.

"Saya hanya ingin menjaga orang yang saya sayang dan diri sendiri supaya pada masa hadapan saya tidak menjadi satu beban kepada orang lain.

"Itu sahaja. Sememangnya itu sahaja. Saya lakukan semua ini untuk orang yang saya sayang," kata Yuna.

Penyanyi yang kini menetap di Amerika Syarikat itu memuat naik luahan tersebut menerusi laman Instastory miliknya.

Yuna berterima kasih kepada semua yang menyokong kariernya.

Selain itu, Yuna turut memberitahu dia sudah mula membuat perancangan hidup dan dirinya untuk tahun hadapan.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Crush ini mengucapkan terima kasih kepada peminat dan semua orang yang menyokong kariernya.

"Terima kasih kepada semua orang yang telah menyokong karier saya, yang mendengar muzik saya, bayar saya untuk membuat persembahan dan menawarkan saya untuk bekerja dengan jenama anda. Saya sayang awak," ujarnya.

Yuna

Artikel Lain