suria

Isu lagu Unic, Fitri Haris bukan mahu larikan diri tapi...

Fitri akan jawab dalam masa terdekat.

PENYANYI Nasyid Fitri Haris menjelaskan kontroversi yang berlaku antara dirinya dengan kumpulan Unic bukan gimik untuk melariskan sesuatu projek.

Malah, juara Gema Gegar Vaganza 2018 ini berkata, tindakannya berdiam diri daripada mengulas isu terbabit disebabkan mencari masa dan saluran yang sesuai.

“Saya menegaskan kontroversi yang berlaku antara saya dan Unic bukan gimik untuk melariskan produk. Itu bukan cara saya.

“Saya berdiam bukan melarikan diri, namun mencari saluran dan waktu yang sesuai. Buat masa ini saya tidak akan menjawab semua kenyataan yang dinyatakan Fakhrul, Bazli, Nadji dan pengurusan Unic,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Fitri Haris! Kau melampau tak hormat bisnes kawan jangan nyanyi lagu Unic”

Fitri mohon diberi ruang.

Fitri yang juga bekas ahli kumpulan itu berkata, dia akan mengulas isu berkenaan selepas proses menyelesaikan masalah itu berjalan lancar.

Sebelum ini, anggota kumpulan tersebut iaitu Fakhrul, Bazli dan Nadji mengeluarkan kenyataan terkilan dengan tindakan Fitri yang menyanyikan lagu-lagu popular mereka pada setiap persembahan.

Mereka turut menganggap ia sebagai menganggu bisnes mereka yang masih aktif dalam industri muzik tanah air.

Dalam pada itu, Fitri berkata, dia menyerahkan masalah itu pada pihak pengurusan untuk menyelesaikan secara baik dengan pihak Unic.

Katanya, dia juga akan tampil memberi kenyataan rasmi dalam tempoh sepuluh hari.

"Saya akan menjawab segala persoalan dalam masa terdekat melalui saluran yang betul,"

“Saya ingin merayu dan mohon sejuta kemaafan dan keampunan tuhan agar saya diberi masa sendiri bagi fokus kepada pembelajaran PhD yang di saat-saat kritikal,” ujarnya.

Artikel Lain