suria

Bercuti ke Abu Dhabi, Ezzaty Abdullah kongsi kisah "Harum yang senang diurus"

Ezzaty memberitahu anaknya, Harum adalah seorang bayi yang mudah diuruskan. Foto Instagram: @ezzatyabdullah.

BAGI mereka yang merancang untuk bercuti ke luar negara bersama anak-anak, pasti terlintas di fikiran pelbagai kemungkinan boleh berlaku ketika menaiki kapal terbang.

Yang pasti, persiapan mental dan fizikal perlu untuk mengelak ibu bapa tertekan dengan sebarang insiden sepanjang penerbangan, sebelum tiba ke destinasi.

Pelakon Ezzaty Abdullah berkongsi tip bagaimana untuk menguruskan anak kecil ketika dalam penerbangan yang mengambil masa lama tanpa ada masalah.

Menurut isteri kepada pelakon Azwan Kombos ini, paling utama adalah membuat persiapan awal dari segi pemilihan waktu penerbangan dan makanan untuk anaknya, Harum Dalia.

"Tidur, mamai dan menari. Ramai tanya macam mana saya kendali Harum dalam penerbangan. Alhamdulillah, Harum sangat baik.

Ezzaty kongsi cara mengendali anak kecil dalam penerbangan.

"Tip utama ambil penerbangan malam supaya Harum boleh tidur lama sikit. Tapi dia ambil ruang yang luas untuk tidur. Ibu kena senget-sengetkan badan lah.

"Bertuah punya anak. Makanan mesti disediakan dalam bekas makanan. Senang nak terus suap kalau lapar. Biskut/roti boleh minta dalam penerbangan," katanya.

Pelakon drama bersiri KL Gangster Underworld ini berkongsi tip tersebut ketika bercuti ke Abu Dhabi baru-baru ini menerusi laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Ezzaty juga memberitahu air kosong dalam botol susu penting untuk diberikan kepada anaknya ketika kapal terbang berlepas dan mendarat supaya telinga tidak berdesing.

Katanya, dia mudah untuk mengendali Harum dan tambahan pula ramai diantara pramugara dan pramugari penerbangan suka bermain dengan anak kecil.

Ezzaty sekeluarga ketika bercuti di Abu Dhabi.

"Air panas untuk susu pun boleh minta kat pramugari. Air kosong dalam botol susu tu penting untuk diberi ketika pesawat berlepas dan mendarat sebab Harum tak hisap puting.

"Harum sangat senang diurus, tambahan pula pramugara dan pramugari ramai yang suka bayi, jadi Harum ada ramai makcik dan pakcik dalam penerbangan nak dukung dan main dengan dia," ujarnya.

Ezzaty dan Azwan berkahwin pada 16 Julai 2016 pada majlis yang diadakan di Bentong, Pahang dan dikurniakan cahaya mata pertama pada 6 Disember tahun lalu.

Ezzaty Abdullah

Artikel Lain