PENYANYI Hael Husaini berhadapan detik cemas apabila terperangkap dalam rusuhan di Paris, Perancis pada Sabtu. Pengurusnya Taufik berkata, mereka yang sedang bercuti di beberapa negara Eropah itu terpaksa menyelamatkan diri apabila rusuhan menjadi diluar kawalan sehingga polis terpaksa menembak gas pemedih mata. “Kami baru sahaja sampai dari Switzerland dan menuju ke kediaman kami. Dalam perjalanan itu banyak jalan ditutup polis, jadi kami terpaksa berjalan kaki 700 meter untuk ke rumah. “Kawasan itu ditutup dan dijaga polis dengan kereta perisai. Kemudian bunyi tembakan bertalu-talu dan nampak orang bertempiaran lari ke arah kami. “Rupa-rupanya gas pemedih mata dilepaskan, kami terpaksa lari menyelamatkan diri kira-kira sejam juga terpaksa ke hulu hilir selamatkan diri,” ujarnya kepada mStar Online. View this post on Instagram Detik cemas kitorg terperangkap kt tunjuk perasaan kt paris. Bayangkan dengan kitorg berlari heret 4 luggage besaw. Bengkak bengkok tulang belakang aku dibuatnya... alhamdulillah hampir sejam berlari sana sini sbb dorg tembak tear gas, akhirnya berjaya naik rumah. Riot ni betul2 bawah rumah kitorg. A post shared by Tatan Jarros (@tj.8689) on Dec 8, 2018 at 8:04am PST Bagaimanapun Taufik bersyukur, dia dan Hael tidak mengalami sebarang kecederaan dalam tunjuk perasaan anti kerajaan itu. Tambahnya, mereka bernasib baik dibantu oleh rakyat tempatan yang menyedari mereka adalah pelancong. “Walaupun mereka sedang protes secara ekstrim tapi bila sedar kami datang untuk melancong mereka tolong dan bawa kami ke tempat selamat. “Sejam selepas itu mereka bersurai dan kami dibenarkan naik ke rumah namun polis menasihatkan kami agar tidak ke mana-mana. "Jadi semalaman kami duduk rumah sahaja... Makan dan minum apa yang ada sahaja dekat rumah ini,” ujarnya.