suria

Arif gembira, Asyraf Khalid pula terkejut isteri hamil anak kedua

ANAK tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid menunjukkan reaksi terkejut apabila mengetahui isterinya, Tya Ariffin hamil anak kedua mereka.

Menerusi rakaman video yang dibuat oleh Tya, Asyraf yang sedang duduk di katil dikejutkan dengan berita gembira itu apabila anaknya, Arif Jiwa menyerahkan alat ujian kehamilan kepadanya.

Asyraf yang dilihat terpingga-pingga membuat carian di Google untuk mengetahui maksud dua garisan merah yang tertera pada alat ujian itu sebelum melonjak kegembiraan dan memeluk Tya.

Arif yang di sisinya juga dilihat memberi reaksi gembira seolah-olah memahami dia bakal bergelar seorang abang tidak lama lagi.

Keluarga bahagia ini bakal bertambah tidak lama lagi.

Sementara itu, Tya memberitahu kandungan keduanya itu sudah memasuki usia 17 minggu dan berharap semua akan mendoakan kesihatan bayi dalam kandungannya.

“Alhamdulillah, inilah saatnya saya berkongsi khabar bahagia dengan semua. Insya-Allah, Arif akan menjadi abang.

“Mohon doa semua semoga ‘baby’ ini sihat walafiat. Terima kasih Allah atas rezeki ini.

“Saya juga mendoakan semua yang mempunyai hajat yang sama diberikan Allah rezeki,” tulisnya di Instagram.

Asyraf dan Tya yang juga pelakon berasal dari Indonesia melangsungkan perkahwinan pada 1 November 2015 dan menimang cahaya mata pertama pada 31 Mac tahun lalu.

Asyraf Khalid, Tya Ariffin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain