suria

Farah Nabilah jawab khabar angin sudah bertunang

Farah menafikan dakwaan sudah bertunang.

PELAKON Farah Nabilah menafikan khabar angin dia kini sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka dalam sebuah majlis baru-baru ini.

Sebaliknya, Farah atau lebih mesra disapa Fawaa, 26, berkata, foto-foto yang tersebar di media sosial itu adalah majlis pertunangan sepupunya.

"Bukan saya, itu adalah khabar angin sahaja. Sebenarnya ia adalah majlis pertunangan sepupu saya.

"Kalau saya yang bertunang, sudah tentu saya akan beritahu semua," ujarnya kepada mStar Online.

Foto yang tersebar didakwa dimuat naik ahli keluarga terdekat pelakon itu.

Farah berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin mengenai pertunangannya.

Foto-foto yang dimuat naik ahli keluarga terdekat pelakon Titian Cinta itu di laman sosial telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Dalam pada itu, Farah berkata, masih terlalu awal untuk memikirkan tentang mendirikan rumah tangga.

Katanya, buat masa ini dia mahu menumpukan perhatianterhadap kerjayanya sebagai seorang pelakon.

"Bagi saya masih jauh lagi perjalanan untuk ke arah itu, banyak yang saya ingin capai dalam kerjaya sebelum mendirikan rumah tangga," ujarnya.

Farah Nabilah

Artikel Lain