suria

Fazura, Shane Filan (Westilife), Namewee kongsi pentas menerusi konsert percuma

Fazura dan Shane Filan bakal berkongsi pentas menerusi sebuah konsert percuma pada Januari ini.

ANGGOTA kumpulan Westlife, shane Filan dan pelakon dan penyanyi, Nur Fazura bakal berkongsi pentas secara eksklusif menerusi konsert tasik pertama di City of Elmina iaitu Konsert Elmina Lakeside pada 19 Januari depan.

Konsert percuma yang terbuka kepada semua itu diadakan bersempena meraikan penduduk di kawasan itu selain kempen jenama bandaraya Elmina yang mempromosikan kesihatan dan gaya hidup luar biasa dalam pembangunan penting sepanjang koridor Guthrie.

Selain Shane dan Fazura, penyanyi rap Namewee turut menyertai konsert itu nanti bagi memeriahkan acara.

Shane yang meneruskan perjalanan muziknya sebagai penyanyi solo selepas kumpulan itu dibubarkan dijangka akan mempersembahkan koleksi lagu hit Westlife dan lagu terbarunya.

Fazura memulakan karier sebagai pelakon dan personaliti TV telah menceburi bidang nyanyian dan melancarkan album pertama tahun lalu yang menerima anugerah emas.

Sementara itu, acara itu akan bermula pada pukul 5.3o petang dengan pelbagai aktiviti menarik sebelum konsert berlangsung pada pukul 8 malam.

Tiket percuma ke konsert boleh ditebus di www.simedarbyproperty.com/elmina-concert (tertakluk kepada terma dan syarat).

Konsert ini juga sebagai pembukaan kepada 36 ekar pertama daripada 300 ekar Elmina Central Park yang dipilih sebagai lokasi konsert yang merupakan lokasi bagi pembinaan Taman Permainan Inklusif pertama Malaysia yang dijangka siap pada separuh pertama 2019.

Fazura, Shane Filan, Westlife

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan