suria

Bukan Sharifah Rose tapi Nelydia Senrose yang bakal bintangi 'Nur 2' - Pengarah

Nelydia Senrose bakal bintangi Nur 2.

PENGARAH drama Shahrul Ezad menafikan selebriti media sosial, Sharifah Rose akan menggantikan mana-mana watak dalam drama popular Nur 2 yang bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Sebaliknya, Shahrul berkata, penambahan watak Juita dalam drama itu bakal dilakonkan oleh pelakon popular Nelydia Senrose.

"Serius siapa si cantik manis ini, abang tak kenal. Untuk pengetahuan semua, tiada perubahan watak untuk Nur 2.

"Kecuali watak Juita yang akan disandang oleh Nelydia Senrose," ujarnya.

Shahrul mengulas tentang kenyataan model Sharifah Rose yang mendedahkan kini sedang membuat persiapan ke kelas lakonan sebelum membintangi drama popular itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Rose dedah kisah di sebalik "I miss you" pada Ismail Izzani

Pengarah menjelaskan kekeliruan yang timbul terhadap pelakon drama Nur 2.

Bagaimanapun, kata Shahrul Ezad, pihaknya masih lagi mencari pelakon untuk memegang watak Suraya.

"Watak Suraya seorang pelajar tingkatan 5 yang bakal digandingkan dengan Amirul (Raja Atiq) belum jumpa lagi siapa. Masih dalam pencarian dan terbuka pada semua asal sesuai dan berbakat," ujarnya.

Drama popular Nur dibintangi Syafiq Kyle dan Amyra.

Mengulas kenyataan Sharifah Rose, Shahrul berkata, ia mungkin drama Nur lain yang mempunyai tajuk sama.

"Jadi gadis manis Sharifah Rose dikatakan bakal terlibat abang tak tahu datang dari mana? Mungkin drama dari negara lain kot secara kebetulan judul sama. Tak fasal-fasal abang dengan TV3 kena kecam," ujarnya.

Nelydia Senrose, Sharifah Rose

Artikel Lain