suria

Maaflah Joyah, tak dapat tengok Eiffel Tower sampai ke sudah! - Awal Ashaari

Hasrat Awal Ashaari untuk membawa pembantunya ke Paris tidak kesampaian selepas visanya tidak diluluskan. Foto Instagram @awalashaari

NIAT murni pelakon dan pengacara terkenal Awal Ashaari untuk membawa pembantunya yang dikenali sebagai Joy ke Paris tidak kesampaian apabila permohonan visa untuknya tidak diluluskan.

Awal berkata, impian Joy yang juga warganegara Filipina untuk melihat sendiri Menara Eiffel di depan mata tidak kesampaian dan ini bukan kali pertama visanya ditolak.

"Kalau nasib baik, lulus. Macam visa Schenzen dan EU... Dah berkali-kali mohon tetap tak diluluskan.

"Maaflah Joyah (panggilan untuk Joy), tak dapat nak tengok Eiffel Tower sampai ke sudah," tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, Awal berkata, sebagai rakyat Malaysia dia berasa beruntung kerana boleh melawati ke pelbagai negara tanpa menggunakan visa.

Status awal di Instagram mengenai pembantunya mendapat perhatian pengikutnya. 

"Kita beruntung kerana hubungan baik politik dengan banyak negara, kita sebagai rakyat Malaysia dikecualikan daripada dikenakan visa.

"Macam makcik sebelah ni, mana-mana nak pergi pun kena mohon visa," ujarnya.

Pun begitu, perkongsian Awal mengenai pembantunya itu mendapat respon positif daripada pengikutnya yang menyifatkan dia seorang majikan yang baik.

Kata netizen, walaupun permohonan itu gagal namun niat dan usaha murni Awal untuk membawa bersama-sama pembantunya ke luar negara cukup mengagumkan.

Awal Ashaari

Artikel Lain