suria

Fazley anggap Raf ibarat panglima dunia, akhiratnya

Fazley memberitahu Raf sentiasa melindunginya dan tidak akan membiarkan dia disakiti.

PENYANYI dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menganggap adiknya, Raf ibarat panglima dunia dan akhirat yang sentiasa melindunginya.

Fazley atau Ahmad Fadzli Yaakob, menyifatkan Raf sebagai seorang yang tidak akan membiarkan dia disakiti atau ada sesiapa menganggunya.

"Kuning sebab awak adalah ibu dan bapa putera... Dan Panglima dunia akhirat saya. Awak akan sentiasa melindungi saya tidak kira apa pun terjadi.

"Sentiasa akan memastikan tiada siapa boleh menganggu saya. Sentiasa bersedia berada di hadapan saya berbanding membiarkan saya disakiti oleh orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazley kotakan janji bersanding semula, hanya rakan media tetamu VIP


Warna cincin mereka mengikut personaliti masing-masing.

"Awak adalah adik yang mulia. Sayang awak Zal! @rafyaakob," kata Fazley.

Fazley memberitahu perkara itu bagi membalas komen di foto yang memaparkan dirinya, Raf dan penyanyi Imran Ajmain memakai cincin mengikut warna personaliti mereka.

Menerusi foto yang dimuat naik Raf itu, suami kepada pelakon Mawar Rashid itu bertanyakan maksud warna kuning di cincinnya itu.

Menurut Raf, abang sulungnya itu memilih cincin berwarna biru kerana personaliti penyanyi itu seperti air yang sentiasa tenang biarpun dalam keadaan tertekan.

Keakraban hubungan adik-beradik antara Fazley dan Raf jelas kelihatan.

"Abang Long saya pakai warna biru. Biru bermaksud air. Sebab dia paling tenang. Sentiasa bertenang biarpun dalam tekanan dan anda tidak akan pernah lihat dia berkecai.

"Sentiasa menjadi orang yang mengingatkan kami untuk sentiasa sabar, sabar dan sabar. Saya tabik dan hormat kesabaran dia menghadapi 1001 masalah dan halangan yang perlu ditempuh sepanjang hidupnya.

"Akhir sekali... Biru sebab dia paling pandai antara kami bertiga. Paling bijak menyelesaikan masalah," katanya.

Selain itu, cincin Imran pula berwarna hijau bagi melambangkan bumi sekaligus sinonim dengan dirinya seorang yang seimbang dalam apa juga dilakukan.

Artikel Lain