suria

“Tak sempat jumpa dan cium buat kali terakhir” - Sissy Imann sedih nenek meninggal dunia

Nenek kesayangan kepada Sissy Imann meninggal dunia pada Jumaat.

PENYANYI Sissy Imann terkilan tidak dapat bertemu dengan neneknya yang meninggal dunia pada Jumaat buat kali terakhir.

Sissy atau Imann Mohammad Kamil, 23, berkata, dia tidak dapat berada di sisi Allahyarham berikutan dia kini berada di Pulau Langkawi, Kedah bagi menjalani penggambaran drama Misi Penculikan Cinta.

“Pagi ini, saya baru kehilangan insan yang menjaga saya sejak kecil. Insan yang saya pegang di dalam hati, nenek yang saya panggil emak.

“Saya tidak berada di sana ketika beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

“Apa lebih menyedihkan saya tidak sempat untuk berjumpa dan menciumnya buat kali terakhir,” katanya menerusi Instagram.

Sissy Imann memaklumkan mengenai pemergiaan neneknya di Instagram.

Dalam pada itu, Sissy berkata, berita pemergian nenek tersayangnya itu turut menyedarkan harga yang perlu dibayar apabila bergelar selebriti.

“Sekarang saya tahu, harga yang perlu saya bayar apabila bergelar artis.

“Kita buat orang seronok tengok kita buat persembahan, tengok kita di skrin... Senyum macam ni di set, tapi hakikatnya dalam hati, siapa je tahu kan?,” katanya.

Sementara itu, Sissy turut meminta pengikutnya untuk sedekahkan Al-Fatihah dan doa buat neneknya.

“Juga buat Sissy yang tak tahu la sepanjang mana nak tahan jiwa yang menangis sekarang ini,” katanya.

Sissy Imann

Artikel Lain