suria

"Alhamdulillah, selamat sudah..." - Pekin sah bergelar suami Mona Allen dalam majlis tertutup

Pasangan itu selamat diijab kabul pada pagi Jumaat.

PELAKON dan pengarah Pekin Ibrahim dilaporkan selamat bernikah dengan aktres Mona Allen atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen pada pagi Jumaat.

Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 37, sah bergelar suami Mona , 28, dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga terdekat dan rakan artis.

Rakan artis, Amyza Aznan berkata, dia mendapat jemputan majlis tersebut, namun tidak dapat hadir disebabkan sedang menjalani penggambaran.

"Alhamdulillah selamat sudah pagi semalam (Jumaat), mereka ada jemput tapi saya tidak dapat datang ada penggambaran.

"Mereka buat secara tertutup untuk rakan terdekat sahaja,” ujarnya kepada mStar Online.

Ditanya sejak bila pasangan itu menjalinkan hubungan cinta, Amyza berkata, dia mengetahui perkara itu ketika mereka menjalani penggambarab drama Monalisa.

"Lama juga, masa kami terlibat penggambaran Monalisa, Mona sudah bercinta dengan Pekin," ujarnya.

Sementara itu, menerusi akaun Instagram aktres Wan Nor Azlin turut mengucapkan tahniah dan memuat naik foto-foto pasangan mempelai itu.

"Congratulation love bird, semoga bahagia hingga ke jannah dan selamat datang ke dalam keluarga kami,” ujarnya.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan Pekin dan Mona masih gagal apabila pasangan ini tidak menjawab sebarang panggilan dan mesej.

Pekin Ibrahim, Mona Ellen

Artikel Lain