suria

"Di mata saya hanya anak-anak, tidak fikir pengganti" - Ziana Zain

Ziana Zain tak fikir pengganti.

PENYANYI Ziana Zain memberitahu dia kini selesa dengan kehidupan sebagai ibu tunggal selepas bercerai dengan suaminya Armin Zaharin Ahmad Zambri  pada Julai lalu.

Ziana berkata, dia tidak pernah terfikir untuk mencari pengganti atau pasangan hidup buat masa ini.

"Saya selesa dengan keadaan sekarang dan tidak terfikir pun tentang pengganti.

"Di benak dan mata saya hanya nampak diri saya dan anak-anak sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Penyanyi lagu Madah Berhelah ini bercerai talak satu dengan Armin pada 12 Julai lalu di Mahkamah Syariah Shah Alam.

Ziana Zain

Ziana dan Armin bernikah pada 9 Mei 1998 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Ziana berkata, dia juga tidak mengambil tahu jika ada mana-mana lelaki ingin mendekati dirinya.

"Saya tak tahu dan tidak mahu ambil tahu.

"Malah saya tidak mahu berjumpa dengan sesiapa," ujarnya.

Dalam pada itu, Ziana bersyukur apabila dikeliling keluarga yang sentiasa memberi semangat untuk meneruskan kehidupan.

"Kehidupan perlu diteruskan, kita sentiasa mengadu pada yang Maha Esa dan sentiasa berfikiran positif serta dikelilingi orang yang baik-baik, perjalanan kita akan dipermudahkan," ujarnya.

Ziana Zain

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain