PELAKON Rita Rudaini tidak mengambil endah dengan kata-kata negatif terhadapnya apabila dia memuat naik foto anak-anaknya bersama bekas suami, Aidil Zafuan di laman Instagram. Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 42, berkata Dia tidak kisah jika ada netizen yang menganggap dirinya gila talak atau rindu pada bekas suaminya itu. "Saya muat naik foto anak dengan bapa mereka saja. Bukan orang lain pun. Tak kan saya nak letak gambar anak-anak dengan lelaki lain pula. ARTIKEL BERKAITAN: "Anak-anak kami jadi mangsa. Keji, jijik!" - Rita bengang ada pihak cuba lagakan hubungan baik dengan Aidil Rita Rudaini. "Benda positif pun saya kena kecam. Kalau tak letak, netizen persoalkan pula. Orang suka hati nak tuduh saya macam-macam. "Tapi saya tak peduli, orang nak kata saya gila talak ke rindu ke, hanya Allah saja tahu niat saya," kata Rita kepada mStar Online. Rita ditemui ketika pusingan akhir Pencarian Gadis Panca MyBeauty 2018 di Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, pada Jumaat. Sebelum ini, Rita ada memuat naik foto anak-anaknya, Rayyan dan Arjuna bersama pemain bola sepak negara itu di laman sosialnya dan mendedahkan ada pihak yang kurang senang melihat hubungan baik mereka. Rita rancang bawa anak-anak pergi umrah. Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar dan Aidil berkahwin pada 2008, namun bercerai pada September 2013. Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, yang kini di bawah jagaan Rita. Dalam pada itu, Rita ada merancang untuk membawa dua orang anak lelakinya pergi umrah pada tahun hadapan. "Sebelum ini, saya pernah bawa Rayyan ketika usianya dua tahun. Kali ini, saya teringin bawa adik pula bersama. "Dia pun ada bertanya dan sekarang dah pandai solat. Saya cakap dengan mereka, doakan rezeki mummy murah tahun hadapan dan dapat pergi umrah," ujarnya.