suria

Sufi Rashid selamat bertunang, nikah tahun depan

Sufi pilih gadis Negeri Sembilan. FOTO: AQOIMRAN.

PENYANYI berasal dari Sufi Rashid selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan wanita pilihannya iaitu Nurulain Md Yusof di Senawang, Negeri Sembilan pada malam, Sabtu.

Sufi atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid, 27, berkata, kedua-dua belah pihak sepakat untuk mengikat tali pertunangan itu selama setahun.

Keluarga Sufie dan Ain, 27 juga bersetuju untuk menetapkan jumlah wang hantaran perkahwinan sebanyak SGD10,000.00 atau kira-kira RM30,000 serba satu.

"Alhamdulillah, semuanya telah berjalan dengan lancar dan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya serta tunang saya.

"Selepas berbincang dengan kedua-dua belah pihak keluarga, perancangannya nak ikat selama setahun.

"Jadi, Insya-Allah kami akan melangsungkan perkahwinan pada Disember tahun hadapan. Wang hantaran pun juga telah ditetapkan keluarga kami," katanya kepada mStar Online.

Sama cantik sama padan Sufi dan tunangnya Ain.

Majlis pertunangan yang hanya dihadiri kaum keluarga dan teman rapat ini diadakan secara sederhana atas permintaan kedua belah keluarga.

Pada majlis istimewa itu, Sufi menyerahkan enam dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.

Antara barangan yang dijadikan hantaran termasuklah sebentuk cincin pertunangan, manisan, set kelengkapan, wangian dan pakaian.

Juara Akademi Fantasia 2015 yang juga pengasas produk makanan Krispy Krunchee ini sudah mengenali hati budi masing-masing sejak dua tahun lalu.

"Kami mengambil keputusan untuk berkahwin selepas dua tahun mengenali hati budi. Ain seorang yang sangat memahami dan kami saling menyokong satu sama lain," ujarnya.

Sufi Rashid

Artikel Lain