suria

Fendy Bakry kesal masih ada orang tonton drama secara haram

Fendy kecewa dengan sikap segelintir penonton yang menonton drama secara haram.

PELAKON Fendy Bakry meluahkan rasa kecewa kerana masih ada segelintir penonton yang menonton drama secara haram menerusi saluran dalam talian.

Fendy, 30, berkata dia tidak mempersoalkan lakonan bagus atau tidak namun sikap tidak bertanggungjawab penonton yang tidak menghargai karya penggiat seni.

"Masih ada yang menonton drama secara online sedangkan penonton lain banyak menonton secara berbayar. Alangkah sedih dengan segelintir sikap yang tidak bertanggungjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: Fendy Bakry akan jelaskan sakit sebenar dalam sidang media


Fendy kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir penonton drama.

"Ini bukan soal berlakon bagus atau pun tidak tapi soal sikap yang sentiasa ada dan susah digubah. Soal sikap seperti pencuri.

"Siang malam penggiat seni duk berkarya tapi sudahnya... hmmm... Pencuri berleluasa," kata Fendy.

Pemilik nama Mohd Affandi Nor Bakri ini memuat naik luahan kekecewaan terhadap segelintir penonton drama itu menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad.

Bagaimanapun, pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Mr Grey ini menutup ruang komen status luahan tersebut.

Fendy mempersoalkan di mana pihak yang sepatutnya mengambil tindakan terhadap aktiviti haram tersebut.

Dalam pada itu, Fendy memberitahu dia mengambil berat mengenai perkara itu memandangkan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab tidak ada melakukan sebarang tindakan terhadap aktiviti haram tersebut.

"Entah mana pergi pihak yang sepatutnya bertindak. Kita pula yang beriya ambil tahu soal tu.

"Dah kalau diam saja siapa lagi nak ambil tahu kalau bukan kita," katanya.

Fendy Bakry

Artikel Lain