suria

Air mata Mila Jirin tumpah kejutan hari jadinya sebuah majlis doa selamat

Penyanyi Mila Jirin menyangka suaminya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha terlupa hari jadinya yang ke-31. Foto Instagram @mila_jirin

PENYANYI dan usahawan Mila Jirin tidak menyangka suaminya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha secara diam-diam mengaturkan tiga majlis doa selamat termasuk di sebuah masjid di Madinah bersempena hari jadinya yang ke-31 pada pada Ahad.

Mila berkata, pada awalnya dia menyangka Ahmad Ailis terlupa akan hari jadinya dan dia cuba memujuk hati dengan berfikir suaminya mungkin sibuk sehingga terlupa hari istimewa itu.

Kata bekas peserta program Akademi Fantasia ini, apabila dia mendapat tahu mengenai majlis tersebut dia menitiskan air mata memikirkan kasih suaminya terhadap dirinya.

"Dua hari lepas terfikir suami tak rancang apa-apa ke untuk ulang tahun hari jadi tahun ini? Ku pujuk hati, mungkin sibuk dan tak sempat nak rancang apa-apa... It's OK, dah tua-tua ni tak perlulah sambut bagai nak rak yer tak?

"Tapi semalam menitis air mata saya bila saya dapat tahu suami dah uruskan majlis doa selamat pada tanggal 23 haribulan di Madinah (melalui ustaz yang bertugas di sana), di sebuah masjid di Kemboja (melalui rakan ustaz suami di sana) selain di sebuah Mahaad Tahfiz di Puchong.

Mila terharu dengan kejutan dibuat suaminya.

"Allahuakhbar, saya terbaca mesej doa yang dikirimkan buat saya oleh suami, berjurai air mata... Betapa kasihnya seorang suami buat isteri... Ya Allah sungguh diri ini mencintai suamiku ini #lillahitaala," katanya menerusi Instagram.

Dalam pada itu, Mila berkata, air matanya sekali lagi bercucuran apabila suaminya memberitahu apa dilakukan itu adalah demi memanjat rasa syukur kepada Allah atas nikmat dipinjamkan dan bukan sekadar majlis gilang-gemilang.

"Suami saya beritahu saya satu perkara dan buatkan saya tersedar... Bukan majlis gilang gemilang untuk sambut ulang tahun yang kita nak adakan, tetapi mohon doa dan panjatkan kesyukuran pada Allah diatas semua nikmat yang dipinjamkan.

"Saya menangis lagi... Benar! Nikmat Allah yang mana yang nak kita dustakan? Terkadang diri ini terlalu terikut budaya dan stail orang zaman sekarang... Sambutan gilang gemilang hingga lupa panjatkan kesyukuran... Allahuuuuu Menitik air mata sampai lebam mata #EsokPakaiSunGlass," tulisnya lagi.

Mila Jirin

Artikel Lain