suria

Lana Nodin dapat anak kedua, terharu suami iqamat

Lana selamat melahirkan cahaya mata perempuan.

PELAKON Lana Nodin selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada malam Rabu.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 39, menzahirkan rasa bersyukur dikurniakan zuriat yang bakal menjadi penyeri rumah tangga mereka.

Menerusi satu perkongsian video, suaminya David McKienzi yang memeluk agama Islam sebelum berkahwin dengan pelakon itu turut mendapat perhatian ketika mengiqamatkan anak mereka.

Pasangan ini berkahwin pada 15 Mei 2015.

“Terharu dan sayu mendengar apabila mendengar suami tercinta iqamatkan seorang lagi insan yang akan menjadi penyeri dalam keluarga kami. Terima kasih Allah S.W.T,” ujar Lana.

Rata-rata pengikut laman sosialnya mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata baharu pasangan tersebut.

Lana dan David tau nama Islamnya, Mohd. Daud McKienzi mendirikan rumah tangga pada 15 Mei 2015. Pasangan itu turut dikurniakan anak perempuan Gia Quinn McKienzi pada Januari 2016.

Lana Nodin

Artikel Lain