PELAKON Noorkhiriah mempersoalkan sikap segelintir wanita yang tidak mementingkan kebersihan dengan membuang 'tuala wanita' merata-rata dalam tandas awam. Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, 39, berkata sekiranya seseorang itu bertanggungjawab, dia akan membuang barang tersebut di tempat yang sepatutnya. "Maaf nak tanya... Apa yang korang rasa bila masuk tandas awam lebih-lebih lagi tandas RNR (rehat dan rawat)? Korang ada rasa terjawab atau tak apa la, ada orang tukang cuci. "Aku buang tuala tuttt merata-rata dengan kesan pun tak apa. Mana sivik kita sebagai seorang wanita? Akak tak nak kisah bab tandas lelaki sebab tak pernah masuk. ARTIKEL BERKAITAN: “Anugerah buat batu nisan pun tak laku” - Noorkhiriah faham perasaan Jalil Hamid Noorkhiriah mempertikaikan sikap segelintir wanita yang pengotor. "Korang andai ada rasa tanggungjawab, kita takkan buang tuala wanita atau pad, pampes bersepah macam saja dengan taik, darah masih melekat," katanya. Noorkhiriah mendedahkan perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya dan mendapat perhatian netizen. Rata-rata mereka turut meluahkan rasa berang terhadap tindakan tidak bertanggungjawab segelintir wanita yang tidak menjaga kebersihan. Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Nur ini memberitahu tukang cuci bukan hamba untuk melakukan kerja seperti membersihkan barangan peribadi orang lain. Bagi Noorkhiriah, pekerjaan seperti tukang cuci dan pengutip sampah itu lebih mulia daripada kerja hanya duduk di pejabat. Noorkhiriah. Menurutnya lagi, dia mohon maaf sekiranya ada pihak yang tidak bersetuju dan berharap netizen tidak menyalahkan bangsa tapi perkara itu adalah tanggungjawab bersama. "Tukang cuci bukan hamba kita. Mereka cari rezeki. Kalau tak ada rasa kesian tapi timbulkanlah rasa kebersihan itu sebahagian dari iman. "Bagi akak, tukang cuci, pengutip sampah itu tahap kerja mereka lagi mulia dari yang duduk bersejuk pakai kot. Kepit beg celah tiok (ketiak), pintu kereta orang bukakan. "Maaf andai ada yang tak setuju. Jangan kita salahkan bangsa bagi akak tanggungjawab bersama," ujarnya.