suria

Pesan Saharul Ridzwan jangan takut bawa anak kecil ke Makkah

Saharul bersama isteri dan anak ketika mengerjakan Umrah baru-baru ini. Foto Instagram @saharulridzwan

PELAKON Saharul Ridzwan yang baharu sahaja pulang mengerjakan Umrah memberitahu pengalaman ke Makkah bersama anak lelakinya, Muhammad Luth Ali yang berusia 18 bulan tidak sukar seperti sangkaannya.

Sebaliknya kata Saharul, walaupun anaknya masih kecil dan lasak namun dia bersama isteri, Qaabila Deena Emir dapat melakukan ibadah dengan tenang dan sempurna.

"Apabila bawa anak kecil ke sana cabaran itu memang ada kerana kita kena ikut masa dia tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sepanjang kami sekeluarga berada di sana.

Saharul mahu lebih serius dalam bidang pengacaraan.

"Sebelum ini timbul juga rasa bimbang namun Allah permudahkan urusan kami dan kepada yang nak bawa anak kecil ke sana pesan saya tidak perlu takut.

"Kemudahan di Makkah dan Madinah sebenarnya banyak yang mesra kanak-kanak dan pengalaman ini memori berharga buat kami sekeluarga," katanya yang ditemui pada Tik Tok Year End Party pada Sabtu.

Selain selebriti Tik Tok, antara artis yang turut hadir memeriahkan acara adalah Fasha Sandha, Datin Diana Danielle, Aiman Tino, Zoey Rahman, Kamal Adli, Haqiem Rusli dan Izzue Islam.

Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan karier seninya, Saharul berkata bermula Januari ini dia akan kembali sibuk dengan penggambaran drama bersiri untuk TV3.

Saharul juga berhasrat untuk menimang anak perempuan pula tahun depan.

Kata Saharul, dia juga akan kembali sebagai hos program sukan ekstrem, Impak Aksi musim kedua yang akan disiarkan di TV1.

"Alhamdulillah pelbagai aktiviti menanti saya pada tahun depan dan azam saya tidak mahu hanya tertumpu kepada lakonan sahaja sebaliknya ingin mengembangkan bakat dalam pengacaraan.

"Impak Aksi yang sudah pun masuk musim kedua diharap dapat menjadi titik tolak kepada lebih banyak peluang dalam bidang pengacaraan selepas ini.

Saharul Ridzwan

Artikel Lain